KEBOLEHAN penyanyi Mimi Fly mengalunkan ayat suci al-Quran dengan merdu menerusi program Geng Ngaji musim keenam mendapat pujian netizen.
Tidak hanya netizen, para panel program tersebut turut terdiam dan fokus dengan bacaan Mimi atau Shamimi Amalina Norisham, 39, ketika mengalunkan surah al-Jaathiyah ayat 20-21.
Salah seorang panel program tersebut Ahmad Tarmizi Abdul Rahman berkata, dia menyukai alunan suara daripada penyanyi kerana kemerduan suara dimiliki mereka.
Mimi mengalunkan surah al-Jaathiyah dengan lancar.
"Masya-Allah, tak sangka saya. Inilah yang saya suka apabila ada sahabat kita daripada kalangan penyanyi mengalunkan bacaan ayat suci al-Quran, tercengang kita yang mendengarnya," kongsinya.
Mendengar komen itu, Mimi hanya tersipu malu apabila bacaannya mendapat pujian para panel.
Perkongsian tersebut meriah perhatian netizen dan rakan artis yang kagum dengan kemerduan dan kelancaran bacaan Mimi.
ARTIKEL BERKAITAN: Mimi Fly tak padam MV ‘Serumpun’, buat suntingan semula versi mesra keluarga
ARTIKEL BERKAITAN: [V] Obses dengan karya sendiri, Mimi Fly mohon maaf berkemban dalam MV ‘Serumpun’
"Subhan-Allah, hebat dan manis Mimi bertudung. Moga diberikan hidayah kepada Mimi.
"Masa dia menyanyi pun sudah dengar dia mendayu-dayu kemerduannya.
"Berbakat besar dalam pelbagai genre dan ruang irama, merdunya sampai ke dalam jiwa," antara komen netizen.
Kemerduan bacaan Mimi raih pujian.
Selain Mimi, artis seperti Aisha Retno, Fatiya Lafiff, Zila Bakarin, dan Ning Baizura pernah muncul menerusi program berkenaan.
Selain Ahmad Tarmizi, Geng Ngaji turut menampilkan panel seperti Don Daniyal Don Biyajid, Sheikh Abdul Karim Al-Makki, Fakhrul Radhi dan Husaini Mahmur.
Tidak ketinggalan Farhatul Fairuzah, Sofizah Mousin dan Nor Hidayah Abd Rahman.
Geng Ngaji bersiaran langsung sepanjang bulan Ramadan pada pukul 6 petang di Astro Oasis.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!