suria

Lancar ‘Gasoline’ malam raya, Akim & The Majistret mahu belanja peminat isi minyak balik kampung

Lagu baharu Akim & The Majistret bawa mesej tersendiri.

JIKA ramai penyanyi berebut-rebut untuk melancarkan lagu raya baharu, berbeza pula ceritanya dengan kumpulan Akim & The Majistret.

Tampil dengan lagu berjudul Gasoline, karya tersebut bakal dilancarkan pada 30 Mac ini iaitu dijangka sehari sebelum sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Seperti mana tajuknya, vokalisnya iaitu Akim Ahmad menjelaskan lagu ini membawa makna tersendiri untuk memberi semangat kepada pendengar.

Akim harap lagu baharu dapat diterima baik peminat.

"Setiap hari kita memerlukan tenaga dan semangat untuk menghadapi sebarang cabaran dalam kehidupan.

"Itulah simbolik Gasoline yang menjadi pendorong dan inspirasi buat pendengar atau tidak mudah berputus asa dalam mengharungi perjalanan hidup mereka," katanya.

Gasoline merupakan hasil ciptaan anggota Akim & The Majistret dan bakal dijadikan judul album terbaharu mereka.

ARTIKEL BERKAITAN: Persaingan lagu raya hebat tahun ini, Andi Bernadee hormat teguran Waheeda

ARTIKEL BERKAITAN: Impian Syafiq Farhain duet bersama arwah Saleem akhirnya tercapai, susah kawal emosi semasa rakaman

Istimewa juga liriknya mendapat sentuhan bersama Bungan Cantik atau Stacy yang merupakan isteri Akim sendiri.

Bercakap lanjut, Akim memberitahu kali ini mereka berani tampil berbeza berbanding karya-karya terdahulu.

Malah proses rakaman dilakukan secara teliti dengan pembabitan semua ahli kumpulan termasuk rakaman gitar yang dilakukan di studio peribadi gitaris Akim & The Majistret.

Akim & The Majistret beri hadiah istimewa buat peminat.

"Dari segi susunan muzik pula, setiap ahli kumpulan memainkan peranan masing-masing, menjadikan lagu ini satu karya yang mantap," ujarnya.

Istimewa sempena pelancaran lagu ini, Akim & The Majistret turut menganjurkan peraduan untuk memangi baucar petrol pulang ke kampung.

Pemenang bertuah yang memuat naik video lip sync lagu ini akan mendapat baucar petrol bertempat di Petronas Solaris Sg Besi pada 28 Mac.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain