suria

Anak Rita Rudaini kekal cemerlang dalam akademik, dapat Anugerah Pengetua MRSM Sungai Besar

Rita berkongsi berita gembira memaklumkan keputusan cemerlang Rayyan (empat dari kanan).

ANAK sulung pelakon Rita Rudaini terus menunjukkan kecemerlangan dalam bidang akademik apabila muncul sebagai penerima Anugerah Pengetua Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Sungai Besar pada Khamis.

Airit Rayyan Rizqin, 16, berjaya mengekalkan keputusan cemerlang dengan purata nilai gred kumulatif (CGPA) 3.78 dalam peperiksaan semester.

Kata Rita atau Rita Rudaini Mokhtar, 49, dia sering menitipkan pesan kepada anaknya itu agar tidak meninggalkan solat dan membaca al-Quran sebagai resipi kecemerlangan. 

Rita sering menitipkan pesan kepada Rayyan untuk tidak meninggalkan solat.

“Anugerah Pengetua MRSM SUBES, Alhamdulillah 3.78 (keputusan). Tahun ini adalah tahun paling mencabar kata Ryan. 

“Insya-Allah dengar cakap mommy, dengar cakap ustazah dan guru-guru. Jangan tinggal solat. 

“Bersahabat dengan al-Quran, insya-Allah berjaya dunia dan akhirat,” katanya. 

ARTIKEL BERKAITAN: Anak-anak tak bagi Rita Rudaini kahwin lagi, cukup ada ibu sahaja

ARTIKEL BERKAITAN: Tak perlu simpati, anak Rita Rudaini minta jangan tanya tentang bapa

Rita berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya. 

Dalam perkongsian itu juga, Rita turut memuat naik video memaparkan anak sulungnya itu naik ke atas pentas untuk menerima anugerah. 

Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen memberikan pujian kepada pelakon berkenaan kerana berjaya mendidik anak dengan baik. 

“Ibu hebat, anak pun hebat. Alhamdulillah, moga terus cemerlang. 

“Tahniah anak, tahniah membanggakan ibumu yang banyak berkorban. 

Rita seorang ibu tunggal yang membesarkan dua anak lelaki.

“Alhamdulillah, terbaiklah didikan seorang ibu hebat,” tulis netizen. 

Untuk rekod, Rita pernah berkahwin dengan pemain bola sepak, Aidil Zafuan pada 2008 namun berpisah pada 2013.

Selain Ryan, mereka turut dikurniakan seorang lagi anak lelaki iaitu Airit Rayyan Rizqin, 16, dan Airit Qaqa Arjuna, 14, tahun. 

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain