suria

Ryan Bakery pertaruh filem pendek pertama, ‘Raya Dipelukan Mak’ sarat emosi dan air mata

Ryan tampil dengan karya sulung filem pendek berjudul Raya Dipelukan Mak.

PERSONALITI media sosial, Ryan Bakery tampil dengan karya sulung filem pendek berjudul Raya Dipelukan Mak sempena meraikan kedatangan Aidilfitri tidak lama lagi. 

Kata Ryan atau Muhammad Ryan Fahmi Bakery, 30, dia tidak mahu hanya dikenali dengan bahan-bahan jenaka sebaliknya mengambil inspirasi kejayaan rakan-rakan seperjuangan dalam menghasilkan drama raya sebelum ini. 

“Selama ini orang hanya nampak kepada sisi lawak saya sahaja. Sudah tiba masanya untuk saya mencari dan meneroka sisi lain dengan terhasilnya Raya Dipelukan Mak.

Raya Dipelukan Mak sarat dengan emosi yang menyentuh hati penonton.

“Melalui idea yang ada, kita kembangkan lagi jalan cerita agar lebih menarik sehingga naskhah ini disiapkan sepenuhnya,” katanya. 

Dalam pada itu, Ryan berkata meskipun mesej yang disampaikan dalam Raya Dipelukan Mak dianggap isu biasa, namun baginya situasi tersebut sering dihadapi dalam hubungan antara ahli keluarga. 

“Ada banyak mesej yang saya cuba sampaikan di dalam karya ini. Anak-anak mungkin berhati-hati dalam menjaga hati orang tua tetapi dalam masa yang sama mereka sebenarnya sedang melukakan hati orang tua.

ARTIKEL BERKAITAN: Ryan Bakery nasihat influencer jaga adab, usah bangga miliki berjuta ‘follower’... Tak semua boleh terima lawak jenaka

ARTIKEL BERKAITAN: Fokus Ryan Bakery bukan populariti tapi cari rezeki sara keluarga

“Kisah sebegini memang banyak terjadi dalam kalangan kita tanpa disedari. Saya harap mesej ini sampai kepada mereka yang menonton seterusnya membawa kebaikan kepada semua,” ujarnya. 

Raya Dipelukan Mak mengisahkan tentang kisah dua beranak iaitu Aman dan Mak Ani yang hidup bersendirian tanpa kehadiran ketua keluarga. 

Selain Ryan, filem pendek raya ini turut dibintangi pelakon popular termasuk Khatijah Tan, Ellie Suriaty, Fendi London, Uyaina Arshad, Adrianan Adnan, Dafi dan Toh Puan Syamim Freida. 

Peminat sudah boleh menonton filem pendek ini di saluran YouTube Ryan bermula Khamis.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain