BERITA baik buat mereka yang berminat dalam menghasilkan penulisan skrip, mempunyai bakat terpendam serta kreatif dalam menerbitkan sebuah drama pendek.
Bagi meraikan kreativiti, agensi Thousands Of Years Media (Toym) melancarkan tiga kateogri pertandingan melibatkan perkara di atas yang juga menawarkan hadiah keseluruhan sebanyak RM435,000.
Menerusi Pertandingan Penulisan Skrip Toym Microseries, penganjur mencari skrip asli untuk 30 episod dengan tema bebas dalam tempoh tayangan selama dua minit setiap satu.
Pemenang tempat pertama kategori penulisan skrip akan bawa pulang RM30,000.
Selain berpeluang mengembangkan skrip mereka untuk diterbitkan, pemenang juga bakal membawa pulang hadiah wang tunai RM30,000 dan RM20,000 bagi tempat pertama dan kedua, manakala RM5,000 untuk hadiah sagu hati.
Penyertaan diterima sehingga 4 Mei ini, diikuti dengan pengumuman finalis pada 23 Mei dan majlis penyampaian hadiah akan diadakan pada 15 Jun.
Dalam pada itu, pertandingan Bintang Idola Toym Shining Star pula menawarkan hadiah keseluruhan berjumlah RM220,000.
Pertandingan itu terhad kepada mereka yang berusia 18 hingga 30 tahun bagi mempamerkan bakat dalam membuat persembahan dan banyak lagi.
ARTIKEL BERKAITAN: Shila Amzah kembali ke China, sertai pertandingan ‘Singing With Legends’
ARTIKEL BERKAITAN: 2 murid pedalaman buat orang Sabah bangga menang pertandingan sajak! Cleaner sekolah antara penderma duit tiket
Mereka yang berminat perlu daftar secara atas talian sebelum 8 April ini serta sesi uji bakat akan berlangsung pada 12 dan 13 April 2025.
Peserta yang lulus akan menjalani latihan secara berkumpulan lelaki dan wanita dari 19 hingga 24 April sebelum membuat penampilan sulung pada Mei nanti.
Pemenang berpeluang meraih hadiah wang tunai, kontrak eksklusif dan trofi.
Sementara itu, bagi kategori Pertandingan Drama Mikro Terbaik Toym, hadiah wang tunai sebanyak RM100,000 dan RM50,000 bakal menjadi rebutan.
Toym cari bakat baharu.
Tidak hanya itu, terdapat lima hadiah bernilai RM10,000 untuk tujuh drama mikro 10 episod pelbagai tema yang berdurasi antara satu hingga dua minit setiap satu.
Penuhi setiap kriteria yang ditetapkan dan hantar penyertaan mulai 28 Mac hingga 15 Mei ini.
Keputusan tujuh yang terbaik akan diketahui pada 30 Mei depan, sebelum ke majlis anugerah pada 15 Jun tahun ini.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!