HAMPIR dua dekad bergelar anak seni, rupanya Allahyarham ibu pelakon dan pengacara Scha Alyahya merupakan individu bertanggungjawab pencetus perjalanan kariernya dalam bidang seni.
Menurut Scha atau Sharifah Nor Azean Mahadzir, 42, ibunya iaitu Allahyarham Junainah Hashim yang menghantar borang penyertaan untuk aktres itu bertanding menerusi program Dewi Remaja 2005/2006.
Bersyukur menjadi juara pertandingan berkenaan, Scha sendiri tidak sangka mampu bertahan lama dalam industri seni selepas meninggalkan karier sebagai pramugari.
Scha berjaya atas berkat doa arwah ibu.
“Saya pernah jadi pramugari sebelum ini. Bila sudah dapat apa saya nak, saya berhenti.
"Tapi bila ibu saya tengok saya tak buat apa-apa, dia yang hantar borang untuk masuk pertandingan Dewi Remaja 2005/2006.
“Saya masuk dan menang, Alhamdulillah. Awalnya saya rasa diri macam tak layak tetapi rezeki tertulis dalam bidang ini.
“Saya teruskan juga dan 19 tahun kemudian masih di sini, itu berkat doa ibu saya,” katanya.
ARTIKEL BERKAITAN: Scha Alyahya sukar terima pemergian ibu, sebulan tak keluar rumah
ARTIKEL BERKAITAN: Ibu Scha Alyahya meninggal dunia
Scha berkongsi perkara itu menerusi program YouTube Wardah Heart to Heart with Dayah Bakar pada Rabu.
Berkongsi lanjut, kata Scha, setiap kali menerima tawaran berlakon, arwah akan membaca skrip diberikan sebelum aktres itu membuat keputusan menerima atau menolaknya.
Tambah pelakon yang popular dengan drama Awan Dania itu, kehilangan ibu seakan membuatnya sudah hilang tujuan hidup.
“Bila saya dapat skrip, ibu saya yang akan baca.
Bila ibu dah tak ada sekarang, saya rasa satu kehilangan besar dalam hidup.
SCHA ALYAHYA
PELAKON DAN PENGACARA
"Bila ibu dah tak ada sekarang, saya rasa satu kehilangan besar dalam hidup.
“Semasa ibu saya meninggal dunia pada Disember tahun lalu, itu perkara paling saya takut kerana rasa macam hidup ini sudah tidak ada tujuan,” ujarnya.
Dalam pada itu, meskipun Scha masih bersedih, pelakon itu berkata dia dalam proses untuk maju ke hadapan.
Scha berkongsi kisah hidupnya di program YouTube Wardah Heart to Heart with Dayah Baka
“Saya bukan cuba untuk move on tetapi kena move forward. Itu yang saya sedang cuba lakukan,” jelasnya.
Untuk rekod, Allahyarham Junainah meninggal dunia pada 7 Disember tahun lalu di Hospital Pantai Kuala Lumpur.
Punca kematian arwah tidak pernah didedahkan, bagaimanapun Scha pernah berkongsi ibunya sudah lima tahun menjalani rawatan dialisis akibat masalah buah pinggang.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!