MERANCANG memperlahankan kerjaya seni dalam tempoh 10 tahun akan datang, penyanyi Datuk Awie akur sekiranya ada vokalis baharu menggantikan tempatnya dalam kumpulan Wings.
Namun kata Awie atau Ahmad Azhar Othman, 57, dia perlu memastikan penggantinya itu benar-benar berkemampuan membawa karya-karya Wings bersama anggota lain.
Ini kerana jenama kumpulan itu sudah cukup kuat selepas 40 tahun berada dalam industri seni.
Awie mahu nama Wings terus dikenali.
"Saya sendiri akan menilai penyanyi itu nanti. Wings adalah satu jenama. Saya perlu melihat keserasian penyanyi itu supaya sesuai.
"Saya tidak ada masalah jika ada penyanyi baru... saya reda. Jika lebih baik boleh diteruskan," katanya.
Awie berkongsi perkara tersebut dalam satu majlis berbuka puasa anjuran syarikat miliknya iaitu Rumah Produksi Merah yang berlangsung di Petaling Jaya pada Khamis.
ARTIKEL BERKAITAN: Tiada apa lagi nak dikejar sebagai artis, Awie mahu lebihkan masa untuk anak-anak
ARTIKEL BERKAITAN: [V] Konsert terakhir angkat konsep monolog dan teatrikal, Awie bakal kongsi perjalanan sebagai anak seni
Tambah penyanyi ini perancangan itu bukan bermaksud dia mahu terus bersara atau meninggalkan bidang nyanyian.
Lebih memberi fokus kepada kerja di belakang tabir, Awie juga mahu meluangkan lebih banyak masa bersama keluarga.
"Saya tak boleh berhenti menyanyi sebab itu adalah rezeki. Mungkin saya akan kurangkan mencari aktiviti seperti konsert untuk diri sendiri.
Saya perlu melihat keserasian penyanyi itu supaya sesuai
DATUK AWIE
PENYANYI
"Selama ini saya yang buat kerja dan menyanyi. Jadi masa untuk keluarga agak terbatas. Biarlah saya ada peluang untuk rehat sebelum sakit.
"Berat hati ini namun buat masa sekarang itulah yang saya fikirkan," ujarnya.
Dalam majlis sama, Awie turut berkongsi perancangan kumpulan Wings sempena sambutan ulang tahun mereka ke-40 tidak lama lagi.
Wings sambut ulang tahun ke-40 dalam industri.
Baginya inilah masa terbaik untuk dia terus memberi sesuatu kepada peminat sebelum berehat.
"Sebelum sampai ke tempoh 10 tahun itu izinkan saya untuk terus membantu industri.
"Banyak perancangan yang telah dibuat seperti konsert tribute serta persembahan di London," jelasnya.
Selain Awie kumpulan ini turut dianggotai oleh Syam (gitar), Edrie (gitar), Edie (bes) dan Black (dram)
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!