suria

Sangka pening kepala, Hariz Hamdan kongsi detik cemas rasai gegaran gempa bumi di Thailand

Hariz (kiri) merasai gegaran gempa bumi sewaktu berada di Bangkok.

PELAKON Hariz Hamdan berdepan detik cemas apabila merasai gegaran gempa bumi sewaktu sedang membeli-belah di Bangkok, Thailand pada Jumaat. 

Hariz atau Muhammad Hariz Muhammad Hamdan, 22, berkata, pada awalnya dia menyangka gegaran itu disebabkan oleh masalah pening kepala. 

Namun selepas melihat pergerakan lampu-lampu di dalam bangunan itu bergerak, dia bergegas keluar meninggalkan tempat tersebut. 

Situasi terkini di kota Bangkok.

Situasi terkini di kota Bangkok. 

“Waktu itu saya di dalam pusat beli-belah nak beli barang sikit, tiba-tiba saya rasa macam bergegar ingatkan pening kepala. 

“Selepas saya lihat sahaja lampu di dalam bangunan iti bergerak-gerak, baru saya sedar rupanya memang ada sesuatu tidak kena. 

“Semua orang dalam bangunan panik sehingga ada menjerit, kami semua berlari keluar dan tunggu di luar banggunan,” katanya kepada mStar

ARTIKEL BERKAITAN: Hariz Hamdan bukan lagi ‘pewaris Megah Holding’, cabar diri bawa watak komedi dalam ‘Sahak Gangster’

ARTIKEL BERKAITAN: Hariz Hamdan tiada pengalaman buruk di set penggambaran, sentiasa jaga sikap dan terima teguran artis senior

Dalam pada itu, Hariz memberitahu dia berada di Bangkok atas tuntutan kerja yang perlu dipenuhi sebelum meraikan Aidilfitri. 

Kata pelakon filem Sahak Gangster ini, dia masih lagi menunggu maklum balas daripada pihak berkuasa di Thailand untuk tindakan selanjutnya. 

“Saya ke Bangkok atas urusan kerja. Kalau ikutkan memang petang ini ada acara di dalam bangunan tersebut tapi sekarang saya tidak tahu update terkini. 

Tiba-tiba saya rasa macam bergegar ingatkan pening kepala. 

HARIZ HAMDAN

PELAKON

“Kami semua sedang menunggu makluman daripada pihak berkuasa. Saya ada juga tanya penduduk tempatan, mereka kata semua orang tidak dibenarkan berada di dalam bangunan sekarang.

“Saya nak balik ke hotel pun tidak boleh sebab katanya hotel saya turut mengalami rekahan akibat gempa bumi,” ujarnya. 

Hariz bagaimanapun berkongsi dia sudah menghubungi ahli keluarga yang berada di Malaysia untuk memaklumkan dia dalam keadaan selamat. 

“Saya sudah hubungi keluarga dan memberitahu saya di sini semuanya baik-baik sahaja. 

Hariz ke Bangkok atas urusan kerja.

“Alhamdulillah tiada kecederaan yang berlaku dan saya harap tidak ada yang terlalu risau dengan keadaan saya,” katanya. 

Untuk info, gempa bumi kuat berukuran 7.7 magnitud melanda Myanmar pada pagi Jumaat telah menyebabkan gegaran kuat turut dirasai di Thailand. 

Gempa di Sagaing, Myanmar itu berlaku pada pukul 12.50 tengah hari Jumaat (waktu tempatan) dengan kedalaman 10 kilometer.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain