SEJAK bergelar duda, penyanyi dan cef selebriti Datuk Fazley Yaakob sering menerima mesej di laman sosial daripada wanita yang menawarkan diri menjadi isteri baharunya.
Anggap perkara itu sebagai lumrah, Fazley, 46, sendiri belum menutup pintu hati untuk mencari pengganti selepas bercerai dengan bekas isterinya tahun lalu.
"Orang cuba cucuk jarum selepas bergelar duda itu perkara biasa malah hari pertama saya bercerai pun sudah ada mesej ajak berkenalan.
Fazley makin banyak terima mesej 'nakal' selepas bercerai.
"Mereka tanya tidak mahu kahwin lagi ke? Siap ada yang tawar diri bergelar Datin.
"Pada saya itu lumrah dan tak salah mereka mencuba sebab saya sendiri pun tidak pernah menutup pintu hati mencari jodoh baharu," katanya kepada mStar.
Kerap berkongsi aktiviti bersukan di media sosial, kata Fazley dia juga sudah biasa mendapat mesej 'nakal' daripada pengikutnya.
ARTIKEL BERKAITAN: Perkahwinan 18 tahun Fazley Yaakob dan Azrene Soraya berakhir, sah cerai beberapa bulan lalu
ARTIKEL BERKAITAN: Hubungan Fazley Yaakob dan bekas isteri kekal rapat, anak-anak lapang dada terima berita penceraian - “Tak semua pahit itu racun”
Malah Fazley memberitahu jumlah tontonan serta pengikutnya semakin bertambah selepas dia bercerai.
"Pada saya yang beri komen nakal itu hak masing-masing, mungkin mereka baru tahu saya aktif bersukan.
"Saya baca dan cuma gelak-gelak sahaja apabila dapat komen-komen sebegitu.
Fazley dijumpai di majlis pelancaran makanan Vending Machine kolaborasi bersama Johan.
"Selepas bercerai, jumlah tontonan serta pengikut saya juga mencanak naik," jelasnya.
Untuk rekod, Fazley mendirikan rumah tangga dengan Azrene Soraya Abdul Aziz pada 2006 namun ikatan perkahwinan selama 18 tahun itu berakhir dengan pencerain tahun lalu.
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Ahmad Fariedz Shah, 16, Ahmad Fieradz Shah, 15, Ahmad Fierudz Shah, 14, serta Alayna Selma, 8 tahun.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!