PERKONGSIAN penyanyi Sharifah Zarina menjemput bintang sensasi Elliot James Reay di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) baru-baru ini mengundang pertanyaan dalam kalangan netizen.
Ramai tertanya-tanya hubungan sebenar Zarina dengan penyanyi popular dengan lagu I Think They Call This Love itu dan menggelarnya sebagai anak angkat.
Anak Zarina iaitu Athalia Deena Buswani, 22, menjelaskan Elliot adalah rakannya malah mereka sudah berkawan sebelum penyanyi asal United Kingdom itu popular.
Zarina dan Athalia menyambut kedatangan Elliot James di Kuala Lumpur.
Athalia menjelaskan mereka berkenalan di TikTok sewaktu negara dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat pandemik Covid-19 lima tahun lalu.
Kata Athalia, penyanyi berkenaan pernah menetap selama empat bulan di Malaysia dan kerana itu membuatkan hubungan mereka semakin akrab.
"Sebenarnya sebelum lagu dia popular lagi kami sudah mengenali antara satu sama lain. Dia pernah datang ke Malaysia dalam empat bulan macam itu dan hanya saya kawan yang dia kenal di sini.
ARTIKEL BERKAITAN: Faham jiwa orang muda, Sharifah Zarina rakam aksi Athalia ‘sleep call’ dengan kekasih kerana terhibur… Enggan terlalu tegas didik anak-anak
ARTIKEL BERKAITAN: Sharifah Zarina tak ‘propa’ mesra dengan anak, memang rapat dengan Athalia - “Kawan dia... kawan saya!”
"Kami mula berkenalan di TikTok ketika masing-masing rancak buat lagu cover... Jadi daripada situ kami berhubung dan akhirnya menjadi kawan," katanya kepada mStar.
Dalam pada itu, Althalia memberitahu Elliot sering berkunjung ke beberapa negara dengan bertujuan meluaskan kerjaya muzik.
Bagaimanapun, penyanyi itu lebih selesa singgah ke Malaysia jika mempunyai waktu terluang kerana mempunyai kenalan di negara ini.
Zarina (kiri) menerima kehadiran Elliot James sebagai anak angkat dalam keluarga mereka.
"Dia sebenarnya mahu ke beberapa buah negara untuk luaskan karya muziknya. Dalam kebanyakan negara yang dia pergi, dia tidak mempunyai kawan.
"Disebabkan itu dia suka ke Malaysia kerana mengenali saya dan kami pun banyak buat lagu cover bersama.
"Itu membuatkan kami rapat sehingga dia kerap datang ke rumah, lepak dengan keluarga saya. Memang kami selalu bawa dia pergi makan bersama," ujarnya.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!