suria

Dulu gerun lihat dalam persalinan Keluang Man, Nas-T kini bangga anak anggapnya ‘superhero’

Ramai peminat teruja kemunculan filem Keluang Man.

DIBERI kepecayaan memegang watak Keluang Man membuatkan pelakon Nas-T mempunyai pengalaman berbeza dengan bapa-bapa yang lain.

Nas atau Nas Muammar Zar, 41, berkata anaknya kini mengenalinya sebagai seorang adiwira yang membanggakan mereka.

"Saya banggalah mereka kenal saya sebagai superhero, sebagai seorang ayah saya rasa ia pengalaman berbeza dengan ayah lain dan saya boleh berbangga dengannya," katanya kepada mStar.

Anak teruja lihat Nas-T di papan iklan.

Anak teruja lihat Nas-T di papan iklan.

Berkongsi lanjut mengenai perkara itu, Nas memberitahu pada awalnya anak bongsunya, Nur Halili gerun melihat dia menyarungkan kostum adiwira itu.

Namun selepas diperkenalkan anak-anak kini turut berbangga melihat dirinya terpampang di papan iklan.

"Anak saya yang kecil awalnya dia takut bila saya pakai kostum Keluang Man, tapi lama-lama dia kenal siapa dalam kostum itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Sambutan Kemerdekaan ke-67 meriah, Nas-T muncul sebagai ‘Keluang Man‘ di Putrajaya

ARTIKEL BERKAITAN: Pegang watak Keluang Man, Nas-T sedar diri kurang tinggi tapi tidak anggap masalah... “Pelakon Hollywood pun tak tinggi”

"Tapi bila saya kenalkan siapa Keluang Man itu semua, mereka kini teruja kalau lihat iklan itu. Mereka akan anggap itu saya," luahnya.

Dalam pada itu, Nas memberitahu dia juga mengamalkan diet ketat agar dapat menyarung kostum Keluang Man.

Malah dia tidak mengambil nasi di dalam dietnya agar dapat memberi kesan lebih baik pada penampilannya.

Nas-T masih berdiet untuk Keluang Man.

"Untuk diet Keluang Man ini saya tak masukkan nasi dalam rutin diet saya. Sebelum ini saya makanan saja nasi.

"Cuma untuk Keluang Man ini memerlukan saya terlihat 'sharp' ketika pakai topeng dan kostum jadi lebih ketat. Saya akan diet sehingga semua ini selesai," tambahnya.

Keluang Man merupakan siri animasi popular yang diperkenalkan pada akhir era 1990-an dan berjaya mencipta fenomena tersendiri serta menjadi kebanggaan Malaysia.

Filem ini jangka bakal ditayangkan pada Mei depan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain