POPULARITI dan dunia glamour bukan lagi keutamaan pelawak dan penyampai radio Johan sebaliknya lebih selesa menjalani kehidupan sederhana bersama keluarga.
Sebaliknya kata Johan atau Mohd Yazid Lim Mohamad Aziz, 41, dia kini lebih mementingkan pelaburqn terhadap pendidikan enam orang anaknya yang kosnya semakin meningkat.
“Saya dan keluarga mengekalkan kesederhanaan sebab sekarang kos pendidikan semakin mahal.
Johan selesa hidup dengan penuh kesederhanaan.
“Jadi saya dan isteri lebih tumpukan pada pelaburan untuk pelajaran berbanding perkara lain termasuk berbelanja sakan ketika hari raya," katanya kepada mStar.
Berkongsi mengenai persiapan lebaran, Johan akan membeli sepasang baju baharu untuk isteri dan anak-anak untuk dipakai ketika sembahyang sunat Aidilfitri di masjid.
Kata Johan, keluarganya lebih meriah menyambut kedatangan Ramadan berbanding Syawal kerana mahu mengejar ganjaran pahala dijanjikan Allah SWT.
“Persiapan sederhana, paling kurang sepasang baju baharu untuk dipakai pada hari pertama Syawal.
ARTIKEL BERKAITAN: Lucu! Ozlynn mengaku tak pandai seterika pakaian, tugas gosok baju serah kepada Johan
ARTIKEL BERKAITAN: “Tiada pakej buy one free one atau seorang setengah” - Johan dan Ozlynn tak main kongsi-kongsi, ada harga sendiri
“Tapi kalau bulan Ramadan keluarga kami memang meriah dari segi ibadah dan juadah berbuka puasa," jelasnya.
Untuk rekod, Johan mendirikan rumah tangga dengan pelakon Ozlynn pada 25 Julai 2009.
Hasil perkahwinan tersebut pasangan ini dikurniakan enam orang cahaya mata.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!