SEJAK beberapa tahun kebelakangan ini, karier pelakon Shahz Jaszle kembali menyinar dan wajahnya banyak menghiasi drama di televisyen.
Pada usia 37 tahun, Shahz atau Muhammad Shahrizal Jaszle Jasmin turut bersyukur apabila masih diberi kepercayaan memegang watak utama dalam drama lakonannya.
Namun kata Shahz, tawaran tidak datang bergolek sebaliknya pada tahap ini dia perlu memastikan penampilan dan bentuk badan dalam keadaan terbaik agar kelihatan menarik di dalam televisyen.
Shahz mementingkan penampilan.
“Kebanyakan produksi yang hubungi saya mesti akan tanya tentang berat badan.
“Jadi, ia beri tekanan juga sebenarnya sebab saya suka makan. Tetapi berat badan saya senang naik dan turun.
“Sebab itu kalau ada tawaran perlu beritahu awal supaya saya boleh bersedia sebelum masuk set penggambaran," katanya kepada mStar.
ARTIKEL BERKAITAN: Produser minta aktif media sosial, Shahz Jaszle terpaksa akur... Mujur isteri bantu ikut trend semasa
ARTIKEL BERKAITAN: “Saya ada isteri baik dan cantik” - Shahz Jaszle dah minta izin sebelum lakon aksi daring dalam ‘Senyawa’
Dalam pada itu, selain gemar menikmati makanan, faktor usia juga antara sebab Shahz sukar mengawal berat badannya.
Disebabkan itu, bagi mendapat berat badan iddeal dia perlu mengamalkan diet ekstrem bagi memenuhi kehendak watak diberikan kepadanya.
Shahz syukur masih diberi watak hero.
“Saya bukanlah tidak makan langsung cuma saya akan betul-betul kira kalori. setiap hidangan yang saya ambil.
“Biasanya sebelum masuk set penggambaran saya makan mengikut keperluan sahaja.
"Bila usia semakin meningkat ini, badan kita tidak sama seperti zaman muda. Susah nak turun jika tak amalkan pemakanan yang betul," ujarnya.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!