PELAKON Tan Sri Michelle Yeoh hadir memberikan penghormatan terakhir buat Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi di Masjid Negara, Kuala Lumpur pada Selasa.
Michelle atau Michelle Yeoh Choo Keng, 63, dilihat memasuki Dewan Solat Utama, Masjid Negara sekitar pukul 11.15 pagi dengan memakai selendang bersama kaca mata hitam.
Difahamkan, Istiadat Penghormatan Terakhir Perdana Menteri ke-5 itu diawalkan kepada pukul 10 pagi dan akan berlangsung sehingga pukul 1 petang ini.
Tun Abdullah meninggal dunia di IJN pada Isnin.
Pada Isnin, Tun Abdullah menghembuskan nafas terakhir pada usia 85 tahun di Institut Jantung Negara (IJN), pukul 7.10 petang.
Perkara itu dimaklumkan oleh menantunya, Khairy Jamaluddin menerusi Instastory miliknya.
ARTIKEL BERKAITAN: Pengalaman pertama, Michelle Yeoh diberi penghormatan sampaikan pingat pemenang papan anjal Olimpik 2024
ARTIKEL BERKAITAN: Bekas PM Tun Abdullah Ahmad Badawi meninggal dunia
Tun Abdullah dimasukkan ke IJN pada Ahad sebelum menghembuskan nafas terakhir pada Isnin.
IJN menerusi satu kenyataan yang dibuat memberitahu Tun Abdullah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi Jantung (CCU) kerana masalah kesukaran bernafas.
Tun Abdullah merupakan Perdana Menteri Malaysia yang ke-5, berkhdimat dari 31 Oktober 2003 hingga 2 April 2009.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!