UCAPAN pelakon Faizal Hussein sempena ulang tahun kelahiran anak keduanya iaitu Fazrick mendapat perhatian ramai netizen yang turut memuji ketampanan remaja berkenaan.
Menerusi perkongsian yang dibuat oleh Faizal, 58, di Instagram, rata-rata peminat terpegun melihat ketampanan Fazrick yang baharu berusia 17 tahun.
Malah, ada juga pengikut yang bergurau memanggil Faizal menggunakan nama dalam watak Bidaah iaitu Walid.
Wajah tampan Fazrick (kiri) meraih perhatian peminat di media sosial.
“Anak Walid (panggilan Faizal) kacaknya. Nak anak Walid boleh?
“Handsome anak Walid!
“Walid yang asli memang kacak, kelihatan juga pada wajah isteri dan anaknya bahagia,” tulis netizen.
ARTIKEL BERKAITAN: “Walid masa muda tunggang motor!” - Peminat Indonesia selidik siapa Faizal Hussein, terpegun wajah kacak dalam ‘Gila-Gila Remaja’
ARTIKEL BERKAITAN: “Admin orang Malaysia ke?” - Netizen terhibur IG Manchester United post parodi ‘Bidaah’
Sebelum itu, Faizal berkongsi foto bersama keluarga termasuk isteri iaitu pelakon Suhaila Sulaiman bagi meraikan hari lahir anak lelaki mereka yang disambut di sebuah lokasi di Kuala Lumpur.
“Happy belated birthday Fazrick,” katanya.
Untuk rekod, Faizal mendirikan rumah tangga dengan Suhaila pada 3 Julai 2004.
Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Fazryn, 20, dan Fazrick, 17 tahun.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!