suria

Teguran macam tak dipedulikan, peminat kecewa Qasrina Karim tak jaga aurat

Peminat kecewa melihat penampilan Qasrina (kiri) tidak menutup aurat dengan sempurna.

PENAMPILAN Qasrina Karim sekali lagi mengundang kecaman netizen apabila aktres berkenaan dilihat tidak menutup dengan sempurna.

Menerusi sebuah video dimuat naik bersama pelakon Meerqeen di TikTok, Qasrina, 29, dilihat hanya mengenakan selendang hitam namun menampakkan bahagian leher serta anak rambutnya.

Dalam hantaran tersebut, Qasrina dan Meerqeen hanya merenung antara satu sama lain sambil tersenyum dengan menggunakan lagu latar X Missing U nyanyian Dayang Nurfaizah, Faizal Tahir, Tuju dan Yonnyboii.

Penampilan Qasrina mendapat pelbagai reaksi ramai.

“Sekali pandang nampak macam dah free hair. 

“Dekat rumah Qasrina tak ada langsung ke pin tudung?,” komen netizen.

Apa membuatkan ramai kecewa, ini bukan kali pertama pemilik nama sebenar Qasrina Abdul Karim ditegur kerana kurang peka dengan penampilannya.

ARTIKEL BERKAITAN: Sempoi ikut trend ‘Flower Challenge’ di TikTok... Qasrina Karim ditegur netizen, berhijab tapi nampak telinga

ARTIKEL BERKAITAN: Qasrina Karim cantik orangnya tapi kurang dapat perhatian - “Biar bakat diperkatakan bukan kontroversi”

Malah nampaknya dia masih tidak serik dan mengulangi kesilapan sama.

Pun begitu, ada pula peminat menyebelahi aktres berkenaan menjelaskan bahawa sejak dulu lagi Qasrina memang menggayakan hijab seperti itu.

"Rasanya sudah pernah ditegur sebelum ini tapi nampaknya masih belum serik.

"Untuk yang tak tahu, memang dah lama Qas (panggilan Qasrina) bertudung macam itu, cuma dulu orang tak kenal dia sangat. 

“Dia (Qasrina) memang stail tudung macam ini kan? Dulu nampak video dia kalau santai-santai begini memang stail dia,” ujar netizen. 

Qasrina sebelum ini pernah ditegur kerana penampilannya.

Melihatkan tindakan Qasrina, rata-rata peminat mendoakan agar pelakon tersebut terus istiqamah dalam menutup aurat dengan sempurna. 

“Qas awak pakai tudung yang menutup aurat cantik sangat. Semoga awak istiqamah. 

“Semoga Qas dipermudahkan urusan untuk tetap menjaga aurat dan istiqamah,” luah netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain