PENYANYI Datuk Nora Ariffin menyelar tindakan sesetengah pihak yang terus bercakap buruk tentang peribadinya.
Menerima banyak komen di media sosial, Nora atau Wan Norafizah Ariffin, 53, turut mempertikaikan kewujudan akaun palsu yang didakwa sengaja menjadi 'pemerhati' kisah hidupnya.
"Lawaklah korang ini. Gigih buat fake akaun semata-mata untuk mengata saya.
Perkongsian Nora di Instagram.
"Kata tak minat dan tak suka tapi follow untuk stalk," katanya menerusi satu hantaran di Instastory pada Selasa.
Dia sebelum ini memuat naik gambar kenangan bersama arwah suaminya iaitu komposer Allahyarham Johan Nawawi.
Perkongsian tersebut menerima banyak respons termasuk tanggapan kononnya dia tidak menjaga hati suami sendiri iaitu Dr Rushdi Ramli.
ARTIKEL BERKAITAN: Nora Ariffin akhirnya tuntut cerai
ARTIKEL BERKAITAN: Nora reda jika diceraikan, tak mahu lagi hidup dalam persekitaran toksik
"Post gambar arwah, kata tak jaga hati suami. Padahal suami pun teringat," jelasnya.
Dia juga mengingatkan pengikut di media sosial agat tidak terlalu mengambil tahu urusan keluarganya.
Dalam nada sinis, dia turut menasihati individu berkenaan untuk menjaga rumah tangga sendiri.
Nora membuat permohonan cerai terhadap Dr Rushdi.
"Korang nak apa sebenarnya? Lebih baik layan, jaga suami dan anak-anak.
"Itu lebih dapat pahala daripada sibuk jaga rumah tangga saya," luahnya.
Kisah rumah tangga Nora sebelum ini menjadi perhatian apabila dia membuat permohonan cerai terhadap Dr Rushdi dan kes mereka masih dalam perbicaraan mahkamah.
Untuk rekod, Nora berkahwan dengan Johan pada 1992 dan mereka dikurniakan empat orang cahaya mata.
Allahyarham meningga dunia pada 24 Mac 2017 akibat serangan jantung.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!