suria

[V] Pempengaruh ‘mabuk spotlight’, Azhan Rani nasihat graduan jangan melatah

PELAKON Azhan Rani berpendapat pempengaruh yang memperlekehkan bidang pengajian di universiti adalah sebagai satu tindakan sengaja untuk meraih perhatian ramai. 

Kata Azhan atau Azhan Abdul Rani, 49, bukan hanya pempengaruh, malah segelintir ada artis mempunyai sikap sebegitu demi meraih populariti secara cepat.

"Saya istilahkan isu sebegini sebagai mabuk ‘spotlight’, mereka tamak mahukan perhatian.

Azhan anggap pempengaruh suka naik dengan isu sensasi sebagai 'mabuk spotlight'.

"Bukan sahaja dalam kalangan pempengaruh, malah daripada kalangan artis pun ada juga. Jika ‘bad story’ boleh buat nama naik, mereka akan buat," katanya kepada mStar.

Azhan ditemui di sidang media pelancaran program Haji TV AlHijrah: Menyambut Panggilan-Mu di Tamu Hotel, Kuala Lumpur pada petang Selasa.

Dia berkongsi reaksi itu selepas tular seorang pempengaruh yang dikenali sebagai DMA Islam memperkecilkan bidang pengajian di universiti seperti komunikasi media, teater, muzik dan seni tari yang dianggap tidak penting. 

Sedar ia hanya sekadar kandungan untuk popular, Azhan juga menasihati para graduan agar bijak untuk menilai dan tidak terlalu cepat melatah. 

ARTIKEL BERKAITAN: Nadia Brian hilang sabar! Marah DMA Islam kutuk ‘course’ mass comm, teater dan muzik... Desak permohonan maaf

ARTIKEL BERKAITAN: Tujuh bulan Azhan Rani mengemis bayaran, buang sikap mudah percaya termasuk kawan

"Kita kena tahu pempengaruh ni kadang-kala mereka kena petik perkara kontroversi untuk dapatkan jumlah tontonan dan tanda suka yang banyak.

"Jadi saya anggap itu sebagai salah satu ‘game’. Jangan ikut rentak dia sebab yang akan dapat untung pempengaruh itu sendiri.

"Kepada graduan kursus yang diperkatakan influencer itu tak perlu melatah. Kita boleh bezakan mana orang berilmu atau tidak," jelasnya. 

Untuk info, Azhan merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda Drama dan Teater di Universiti Malaysia Sarawak (Unimas).

Azhan minta graduan jangan melatah dengan kenyataan daripada Dma Islam.

Dalam perkembangan lain, Azhan akan muncul dalam telefilem terbaharu berjudul Bilal dan Abah.

Telefilem itu akan disiarkan menerusi saluran TV AlHijrah bermula 8 Jun depan.

Selain Azhan pelakon lain yang turut membintangi telefilem itu ialah Harun Hashim, Ummi Nazeera dan Luqman Hafidz.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain