BIMBANG mendapat reaksi negatif dalam kalangan penonton, pelakon Hafidz Roshdi sanggup menolak tawaran meskipun ramai penerbit yang mahukan dia berlakon.
Kata Hafidz atau Muhammad Hafidz Roshdi, 31, ia susulan kontroversi kes mahkamah yang melibatkan dirinya masih berjalan sejak dua tahun lalu.
"Masih ada penerbit yang tanya khabar dan beri tawaran (berlakon) kepada saya. Cuma saya sahaja ragu-ragu sebab kes (pukul) masih berjalan.
Hafidz sebelum ini menolak tawaran berlakon kerana bimbang mendapat reaksi negatif.
"Saya tidak mahu disebabkan saya, (cerita itu) akan jadi kontroversi. Ia merupakan perkara yang tidak baik," katanya.
Hafidz ditemui di Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu, Selangor pada Selasa selepas selesai perbicaraan kes pukul bekas isteri iaitu Nurul Shuhada.
Dalam prosiding itu mahkamah memutuskan dia kini sudah dilepas dan dibebaskan.
ARTIKEL BERKAITAN: Hafidz Roshdi lepas dan bebas kes pukul bekas isteri
ARTIKEL BERKAITAN: Simpati dengan bekas suami, Nurul Shuhada yakin ada pihak cuba pengaruh Hafidz Roshdi
Selepas selesai kes berkenaan, Hafidz kini sedia untuk kembali berlakon dan berjanji akan memberi sepenuh komitmen terhadap kerjaya seni.
"Selagi ada tawaran dan pihak produksi masih mahukan saya, saya terima sahaja untuk berlakon.
Saya tidak mahu disebabkan saya, (cerita itu) akan jadi kontroversi. Ia merupakan perkara yang tidak baik.
HAFIDZ ROSHDI
PELAKON
"Lakonan itu memang saya minat daripada dulu. Itu memang karier saya, jadi saya tidak akan berhenti," ujarnya.
Bercakap lanjut pelakon ini akur menerima pelbagai kecaman tatkala dia berdepan kes mahkamah yang berlarutan.
Dia kini berharap orang ramai tidak lagi bercakap buruk tentang dirinya sekali gus memberi fokus terhadap perkembangan kerjaya seni.
Hafidz kini bebas daripada kes pukul bekas isteri.
"Sebelum kes ini pun saya masih menerima persepsi buruk. Saya harap selepas kes ini selesai, semua kecaman dan persepsi itu dihentikan," luahnya.
Sebelum ini, Hafidz mendedahkan dia mahu beralih karier kepada pekerjaan belakang tabir memandangkan tidak lagi mempunyai sebarang tawaran lakonan.
Dia juga pernah bekerja sebagai penghantar barang untuk mencari nafkah buat dua anaknya.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!