suria

Aaron Aziz tegur DMA Islam, Sharnaaz Ahmad pula tunggu giliran bersuara

Aaron tegur sikap DMA Islam yang dianggap tak selari dengan nama.

VIDEO perkongsian pempengaruh DMA Islam terus mendapat kecaman pelbagai pihak termasuk golongan selebriti tempatan. 

Antara yang bersuara meluahkan rasa kurang senang adalah pelakon Datuk Aaron Aziz yang menyifatkan perbuatan itu tidak selari dengan nama yang digunakan kerana sanggup memburukkan ilmu.

Aaron bengang dengan tindakan DMA Islam perlekehkan beberapa jurusan di universiti.

"Nama guna DMA Islam. Tapi tak habis-habis kutuk orang macam awaklah terpaling professor. 

"Buang sahaja nama ‘Islam’ kalau awak nak burukkan seni orang lain," katanya.

Aaron menulis perkara itu menerusi hantaran di Instagramnya pada petang Selasa.

ARTIKEL BERKAITAN: Nadia Brian hilang sabar! Marah DMA Islam kutuk ‘course’ mass comm, teater dan muzik... Desak permohonan maaf

ARTIKEL BERKAITAN: Tujuh bulan Azhan Rani mengemis bayaran, buang sikap mudah percaya termasuk kawan

Dia mengulas selepas tular vidoe DAM Islam yang memperlekehkan beberapa bidang pengajian di universiti termasuk komunikasi media, teater dan seni tari. 

Bercerita lanjut, Aaron menegaskan bidang seni dan komunikasi semakin berkembang hasil daripada sumbangan graduan-graduan universiti dalam bidang berkenaan. 

Tambah aktor itu, peluang pekerjaan serta pembangunan industri hiburan juga semakin baik sehingga terdapat filem-filem yang mampu mencecah kutipan tinggi. 

Sharnaaz juga akan bersuara tentang DMA Islam selepas ini.

"Bidang komunikasi media inilah yang bantu naikkan industri filem sampai dapat kutipan ratusan juta," jelasnya.

Sementara itu, hantaran tersebut turut mendapat respons pelakon Sharnaaz Ahmad yang turut akan bersuara tentang isu sama. 

"Sekejap abang (panggilan Aaron), cuci seluar dalam selepas habis jelajah filem, nanti saya masuk," balasnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain