suria

Berkongsi kapsyen romantis... Aiman Hakim, Zahirah beri gambaran sedang bercinta

Aiman Hakim Ridza dan Zahirah Macwilson memberi gambaran seolah-olah sedang menjalinkan hubungan istimewa. Foto Instagram @zahirahmacwilson

TINDAKAN pasangan pelakon Aiman Hakim Ridza dan Zahirah MacWilson memuat naik gambar bersama di Instagram masing-masing menimbulkan tanda tanya dalam kalangan peminat mengenai hubungan sebenar mereka.

Lebih mencurigakan kapsyen pada foto yang dimuat naik kedua-dua mereka yang berbaur romantik seolah-olah memberi gambaran ada hubungan istimewa di antara mereka.

"Kini sehingga selamanya, Insya-Allah," tulis Zahirah sambil meletakkan tanda pagar Zahirah iaitu gabungan nama mereka.

Dalam pada itu, Aiman menerusi Iaman sosialnya pula memberi perumpamaan menggunakan nombor dan nota muzik asas yang menggambarkan hubungan istimewa itu baharu sahaja bermula.

Kapsyen romantik Aiman menimbulkan pertanyaan dalam kalangan peminat.

"Nombor bermula dengan 123, muzik dimulakan dengan Do Re Mi. Huruf bermula dengan A dan berakhir dengan Z.

"Faktanya hanya ada kamu dan aku," tulisnya.

Sementara itu, peminat yang teruja dengan perkembangan terbaharu itu berharap pasangan itu benar-benar bercinta dan menyifatkan mereka secocok bersama.

Pun begitu, ada pula yang skeptikal dengan tindakan Aiman dan Zahirah memuat naik gambar itu yang merasakan ia adalah sekadar gimik untuk projek terbaharu mereka.

Sebelum ini Aiman pernah bercinta dengan aktres Fathia Latiff manakala Zahirah bersama Zul Ariffin.

Artikel Lain