suria

Dikecam tiada adab, Haqiem Rusli henti guna Twitter

Haqiem Rusli jadi mangsa kecaman netizen gara-gara memakai cermin mata hitam dan menggunakan airpods ketika menyertai program kongsi rezeki anjuran Hot FM.

PENYANYI Haqiem Rusli mengambil keputusan untuk tidak lagi aktif di Twitter selepas namanya kembali panas di laman sosial itu sejak Sabtu lalu.

Haqiem memberitahu dia tidak menyahaktifkan akaunnya itu sebaliknya hanya memadam aplikasi tersebut daripada telefonnya.

"Dah malas nak main Twitter. Akaun saya ada je, tak deactive pun cuma aplikasi Twitter saya dah padam," tulisnya di Instagram.

Nama penyanyi itu kembali panas dalam kalangan pengguna Twitter apabila dia dikatakan bersikap biadab dan tiada adab ketika mengikuti program PH Kongsi Rezeki anjuran Hot FM bersama Lembaga Zakat Selangor, Sabtu lalu.

Selain Haqiem, turut menyertai program itu adalah Aizat Amdan dan Ajak Shiro.

Status yang dimuat naik Haqiem di Instagram.

Penampilannya ketika menziarah sebuah rumah asnaf yang memakai cermin mata hitam dan airpods disifatkan kurang sesuai dan tidak menghormati tuan rumah.

Lantaran itu dia dikecam teruk oleh netizen yang tidak berpuas hati dengan sikapnya itu.

Sementara itu, peminat penyanyi itu turut memberi kata-kata sokongan kepada Haqiem dan meminta dia bersabar dengan kecaman diterimanya berhubung insiden itu.

Haqiem dalam satu posting lain di InstaStory pula memberitahu dia dalam keadaan baik dan meminta peminat jangan berasa bimbang dengan dirinya.

Haqiem Rusli, Twitter

Artikel Lain