KEMELUT di antara Datin Alvina Mohamad dengan seorang ejen insuran terus berpanjangan apabila aktres tersebut meminta bukti perbualan wanita itu dengan suaminya, Datuk Mohd Haniff Borhan. Elvina berkata, pendedahannya menyenai ejen insuran bernama Fify Razak sebelum ini yang mengganggu rumah tangganya bukan ingin mencari publisiti namun mahu memberi pengajaran kepada wanita yang ingin menjadi pemusnah rumah tangga orang. ARTIKEL BERKAITAN: “Jangan ingat awak artis, awak betul” - Wanita pertahan diri dituduh ganggu rumah tangga Elvina Elvina meminta netizen tidak mempertikaikan tindakannya mendedahkan perkara tersebut. "Alang-alang awak dah tunjuk perbualan kita, apa kata awak tunjuk perbualan antara awak dan suami saya? Disebabkan awak nak sangat buktikan kepada semua yang awak tak buat apa-apa selain menjual insuran kepada dia. "Tolonglah, jangan buat tuduhan (dia baru bersalin sebab itu dia meroyan) pada saya, sebagai alasan untuk menutup sikap tidak tahu malu awak. Kelakar bila awak cakap saya buat benda itu mencari publisiti murahan. "No, girl, saya buat ini sebab nak awak tahu apa yang awak buat itu SALAH. Jadi, wanita di luar sana yang nak jadi pemusnah rumah tangga, tahu ada sesuatu yang akan datang pada awak. "Sebab semua yang awak buat ada akibatnya. Walaupun kalau awak cuba untuk lari daripada itu awak tetap dapat ditangkap," katanya. Elvina kini sedang berpantang selepas melahirkan bayi lelaki pada 1 Disember lalu. Sebelum ini, Fify menjelaskan dia bekerja sebagai ejen insuran dan hubungannya dengan suami kepada Elvina itu hanya sekadar klien dan ejen sahaja. Malah, wanita itu telah berunding dengan peguam dan tindakan undang-undang akan diambil kerana menjatuhkan air mukanya. Bagaimanapun, Elvina meminta mana-mana pihak tidak perlu mempertikaikan apa yang dilakukan kerana hanya dia sahaja yang melaluinya. Dalam pada itu, suami kepada Elvina itu turut menjelaskan dia tidak pernah mengeluarkan perkataan meroyan seperti yang didakwa Fify. Haniff berpendapat semua orang berhak mengambil tindakan undang-undang namun tidak perlu memperbesarkan isu yang terjadi. Menurutnya, dia ada berbincang secara baik untuk menyelesaikan salah faham yang berlaku dan meminta netizen untuk menghormati kedua-dua belah pihak. "Ya saya ada bercakap elok-elok untuk selesaikan hal ini dan semua salah faham tapi tak ada la sampai nak cakap isteri saya meroyan. "Cuma kena tahu dia dalam pantang. Kepada netizen cubalah hormat kedua-dua pihak," tulisnya menerusi laman Instastory. Elvina atau Norazlina Mohamad, 23, mendirikan rumah tangga dengan Mohd Haniff, 32, pada 18 Mac lalu dan mereka dikurniakan seorang anak lelaki yang lahir pada 1 Disember lalu. Ketika ini Elvina sedang dalam pantang akibat bersalin.