suria

“Tak baik berprasangka, saya gembira untuk dia” - Nazim Othman komen pertunangan Bella Dally

Nazim gembira dengan pertunangan Bella.

SELEPAS berita pertunangan aktres Bella Dally dengan ahli perniagaan bernama Arif disahkan aktres itu pada Rabu, laman Instagram bekas suaminya iaitu Nazim Othman menerima pertanyaan daripada netizen. 

Nazim atau nama sebenarnya Nushrul Alif Othman, 35, membalas salah satu komen dengan meminta agar netizen sentiasa berprasangka baik dan menerima ketentuan Allah.

ARTIKEL BERKAITAN: Bella Dally jadi tunang Arif selepas 8 bulan bercerai

ARTIKEL BERKAITAN: Perkahwinan Nazim, Bella Dally musnah akhirnya


Nazim terima pertanyaan tentang berita pertunangan Bella Dally.

“Tak baik berprasangka, jodoh ditentukan Allah... Saya gembira untuk dia dan saya percaya Allah juga ada rancangan yang baik untuk saya,” ujarnya. 

Nazim membalas komen netizen yang memberi tanggapan buruk terhadap hubungan bekas isterinya itu dengan Arif.

Pada Rabu, Bella atau nama sebenarnya Nabilah Ali Dally, 28, mengesahkan sudah bertunang dengan seorang ahli perniagaan pada 12 Januari lalu.

Mereka merancang untuk berkahwin pada tahun ini, namun belum ada tarikh yang ditetapkan.

Bella pernah mendirikan rumah tangga dengan Nazim Othman pada 10 September 2016. Bagaimanapun, pasangan ini mengumumkan perpisahan pada 2 Mei 2018 iaitu selepas dua tahun melayari bahtera rumah tangga.

Pasangan tersebut tidak dikurniakan cahaya mata. 

Nazim Othman, Bella Dally

Artikel Lain