suria

Bella Dally jadi tunang Arif selepas 8 bulan bercerai

Bella Dally kini menjadi tunangan Arif.

TANDA tanya status bekas isteri Nazim Othman iaitu Bella Dally dengan seorang pemuda terjawab apabila aktres itu mengesahkan dia sudah bertunang.

Bella menerusi laman sosial Instagram miliknya mengucapkan terima kasih atas doa dan sokongan kepada dirinya dan menganggap ia masa terbaik untuk dia memulakan kehidupan baharu bersama pemuda berkenan yang dikenali sebagai Arif yang berusia 34 tahun.

ARTIKEL BERKAITAN: Adakah Arif cinta baharu Bella Dally pengganti Nazim?

ARTIKEL BERKAITAN: Perkahwinan Nazim, Bella Dally musnah akhirnya

Majlis pertunangan berlangsung di kediaman keluarga Bella pada 12 Januari lalu di Kota Kinabalu, Sabah.

"Jangka apa yang tidak diduga, percaya dengan perjalanan hidup yang telah ditentukan. Terima apa yang sudah ditentukan.

"Assalamualaikum semua, saya sudah bertunang pada 12 Januari lalu. Saya ucapkan terima kasil kepada semua yang sentiasa mendoakan dan menyokong saya selama ini.


Perkahwinan Nazim dan Bella Dally tak kekal lama dan mereka berpisah dengan baik.

"Ia benar, Allah berikan masa yang tepat," ujarnya.

mStar Online pada Selasa melaporkan Bella Dally sudah mempunyai pengganti dan menjalinkan hubungan dengan ahli perniagaan bernama Arif.

Mereka merancang untuk mendirikan rumah tangga pada tahun ini namun masih belum mempunyai tarikh.

Bella atau nama sebenarnya Nabilah Ali Dally, 28, pernah berkahwin dengan pelakon Nazim Othman iaitu pada 10 September 2016.

Bagaimanapun mereka mengumumkan perpisahan pada 2 Mei 2018 iaitu kira-kira dua tahun melayari bahtera rumah tangga.

Pasangan tersebut tidak dikurniakan cahaya mata.

Bella Dally, Nazim Othman

Artikel Lain