suria

Doa Elfira di Makkah agar Sufian menang dan ‘deritanya’ habis dikritik netizen

Elfira Loy kini menunaikan Umrah di Makkah. FOTO: Instagram Elfira

UCAPAN dan doa yang dititipkan oleh bekas kekasih Sufian Suhaimi iaitu Elfira Loy agar penyayi itu menang dalam Anugerah Juara Lagu ke 33 (AJL33) mengundang padah apabila dia pula disindir oleh netizen.

Elfira, 25, yang kini berada di Tanah Suci Makkah bersama suaminya Muhammad Faris Khairol Anuar, 24, untuk menunaikan Umrah dalam catatan di Twitter miliknya berharap Sufian memperoleh kemenangan yang akan menghapus deritanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Bukan niat tiru pelamin Elfira, terima kasih doa di Makkah - Sufian Suhaimi

ARTIKEL BERKAITAN: “Alhamdulillah” - Elfira Loy muat naik gambar pernikahan

“Sufian Suhaimi, saya doakan awak menang hari ini. Semoga dengan kemenangan awak, “derita” dan penceritaan awak akan habis,” tulisnya beberapa minit sebelum pemenang AJL33 diumumkan.

Sufian ketika membuat persembahan dengan lagu 'Di Matamu'.

Umum mengetahui, pertunangan Sufian dan Elfira putus di tengah jalan kononnya terdapat campur tangan keluarga.

Kekecewaan itu menyebabkan Sufian hadir dengan lagu Di Matamu yang memenangi Persembahan Terbaik dalam AJL33.

Bagaimanapun persembahan itu turut menjadi bualan ramai kerana tema yang dibawakan Sufian mempunyai persamaan dengan rekaan pelamin perkahwinan Elfira dengan Faris pada 1 Januari lalu.

Antara kritikan netizen di Twitter berhubung ucapan Elfira itu yang berharap agar wanita tersebut senyap berbanding membuat ucapan sedemikian.

Inilah ucapan Elfira

“Tak boleh ke el senyap je? As She use to senyap all this while? Kat Mekah kot. Diam-diam buat umrah “doakan kebahagian” Pian senyap2 depan kaabah tak boleh? Perlu tweet?” kata pemilik akaun twitter @Sarazln.

Pemilik akaun @aqilahsobri25 pula menambah: Jangan kerana Allah permudahkan hati kau utk move on & “bahagia”, kau perlekehkan hati sufian suhaimi. Dia pun tengah mencuba nak hilangkan “derita”.

Bagaimanapun ada juga yang menganggap kemenangan Sufian itu atas doa yang dipohon Elfira di Tanah Suci.

"Pn. Elfira Loy, kami mewakili Sufian Suhaimi, mendoakan anda dan suami selamat menjalani ibadah umrah di Tanah Suci. Terima kasih atas doa yang termakbul ini dan sokongan yang tidak berbelah bagi walaupun berada di tanah suci.  Amin," tulis @HdinHafizuddin.

Antara komen pengikut akaun Twitter Elfira.

Perkongsian status Elfira itu pada malam Ahad mendapat lebih 20,000 ulang kicau (retweet) dan lebih 14,000 tanda suka.

Rata-rata netizen meminta pelakon bertindak lebih matang dan positif memandangkan dia dan suami sedang menunaikan umrah.

Sufian pernah bertunang dengan Elfira Loy pada 6 Oktober 2017 dalam sebuah majlis pertunangan besar-besaran, namun berakhir pada 18 Februari 2018.

Artikel Lain