suria

“Buka aib? Drama Band buka aib siapa?” - Isteri Aepul tutup komen kerana diserang netizen

Drama Band menerima kecaman kerana persenda kontroversi artis.

ISTERI kepada vokalis Drama Band Aepul iaitu pelakon Leez Rosli terpaksa menutup ruangan komen pada foto di Instagram miliknya gara-gara diserang netizen.

Leez atau nama sebenarnya Rosliza Rosli, 31, berkata, netizen terlalu seronok bergaduh tanpa menjaga tutur kata masing-masing.

"Berlumba-lumba nak betulkan kesilapan dan dosa manusia lain kifarah itu, kifarah ini sampai terlupa kifarah untuk yang sedang rancak menulis itu wujud juga.

"Seronok yer bergaduh dalam komen-komen Instagram sampai terlupa tutur bahasa masing-masing? Kalau macam tu, anda juga menempah tiket bersama di ‘sana’ nanti," tulisnya pada kapsyen.

Pada minggu lalu, kumpulan Drama Band mencetuskan kontroversi apabila melancarkan lagu dan muzik video terbaharu mereka berjudul Drama yang mempersendakan kontroversi beberapa selebriti tanah air.

Muzik video tersebut mendapat respons bekas juara Dewi Remaja 2018/2019 Haneesya Hanee dan penyanyi Haqiem Rosli yang terkesan dengan babak dalam muzik video tersebut.

Dalam pada itu segelintir netizen turut menuduh kumpulan itu membuka aib selebriti tersebut apabila membuat parodi kontroversi yang melanda artis berkenaan.

Kumpulan Drama Band.

Bagaimanapun, Leez menjelaskan tuduhan membuka aib yang dilemparkan itu tidak tepat.

"Membuka aib itu adalah membuka rahsia yang tersembunyi (jika akak silap, maafkan akak) jadi, rahsia apa sebenarnya yang dibongkarkan oleh mereka (Drama Band) yang anda katakan bersalah?" soalnya.

Sementara itu, Leez berkata, dia menerima nasihat yang diberikan dengan hati yang terbuka.

Drama Band

Artikel Lain