suria

Isteri dah bagi peluang, Aliff Aziz buat hal lagi dengan pelakon baharu

Aliff didakwa curang dengan pelakon baharu.

SELEPAS kes kontroversi bersama aktres Afifah Nasir, pelakon Aliff Aziz sekali lagi didakwa berlaku curang dengan seorang pelakon wanita baharu.

Isterinya Bella Astillah menerusi Instagram mendedahkan, penyanyi lagu Sayang Sayang itu mempunyai hubungan dengan heroin dalam sebuah telefilem baru-baru ini.

"Sejak kes yang dulu, saya berikan peluang pada dia sebab setiap manusia buat kesilapan dan sebab saya pandang anak saya.

"Tapi apa yang kami lalui korang (kau orang) takkan boleh bayangkan. Selepas Aliff habis penggambaran telefilem baru-baru ni dia buat hal lagi dengan heroin yang bekerja dengan dia dalam telefilem itu," tulisnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Aliff Minta Maaf Curang, Afifah Jangan Dolak-Dalik!

ARTIKEL BERKAITAN: Afifah Jangan Menipu! - Aliff Aziz

Tambah Bella, dua hari sebelum tamat penggambaran, dia menyedari Aliff mula berkelakuan pelik apabila bertukar kata kunci telefonnya.


Bella menerima maklumat daripada seorang sumber di Instagram.

Malah, Aliff juga bertindak memadam perbualannya di aplikasi WhatsApp dengan pelakon wanita itu.

"Dua hari sebelum habis shoot, dia dah start berkelakuan lain di mana dia dah tukar kata laluan telefon dan bila saya paksa buka phone, dia buka tapi dia pandai... dia dah padam whatsApp dia dengan heroin tu.

"Saya cakap dengan dia saya bukan budak kecil. Kalau tiada apa kenapa perlu padam? So saya nakkan kepastian saya call heroin tersebut jawapan dia kepada saya “Ya Allah Bella takde apa-apa pun, kenapa Aliff buat hal lagi ke? Boleh tak bagi Via (pelakon berkenaan) jumpa dia Via nak cakap dengan dia ‘back to Allah’.

"Rupa-rupanya orang yang nasihat saya ni orang yang sama-sama pergi kelab dengan Aliff," ujarnya.

Tambah Bella, dia turut menyedari kelakuan suaminya selepas berdoa diberikan petunjuk tentang rumah tangganya.

"Bila solat saya minta Allah beri petunjuk tentang rumahtangga saya, tak sangka doa saya dijawab dengan begitu cepat.

Bella Astillah dan Aliff Aziz

"Sangat cepat. Saya terkejut. Terima kasih kepada Insan yang beri info kepada saya kalau tak, saya ni takkan tahu apa-apa.

Dia turut memberi teguran kepada suaminya agar terusnya hubungan dengan wanita itu jika dirasakan sesuai dengan kehidupan yang dilaluinya sekarang.

"Kepada Aliff, kalau awak rasa bahagia dgn kehidupan mcm tu dan dah jumpa pasangan terbaik yang awak rasa serasi boleh pergi club sama-sama yang boleh jaga makan minum pakai awak, teruskan," ujarnya.

Aliff berkahwin dengan Bella pada 9 September 2016 dan dikurniakan cahaya mata Mohamad Ayden Adrean yang kini berusia 2 tahun.

Aliff sebelum ini pernah terpalit dengan kontroversi apabila dia 'kantoi' bersama aktres Afifah Nasir di sebuah pusat karaoke.

Kejadian itu berlaku ketika isterinya itu masih dalam pantang selepas melahirkan anak pertama mereka pada 2017

Aliff Aziz, Bella Astilah

Artikel Lain