suria

“Saya terima maaf Janna Nick tapi beri masa untuk hadam apa dia dah buat” - Sheila Rusly

Penerbit dan pengarah, Sheila Rusly menerima permohonan maaf dibuat Janna kepadanya dan keluarga. Foto Instagram @jannanick

PENERBIT dan pengarah drama Sheila Rusly menerima permohonan maaf secara terbuka yang dibuat oleh aktres Janna Nick terhadapnya dan keluarga berhubung perselisihan faham di antara mereka.

Sheila berkata, dia bersyukur Janna menyedari kesilapan yang telah dilakukan namun dia meminta diberi ruang untuk menerima apa yang telah berlaku sebelum ini.

"Alhamdulillah dia dah sedar atas kesilapan dia.

ARTIKEL BERKAITAN: Mesej tidak dilayan, Janna Nick hanya mampu minta ampun pada Allah jika Sheila enggan terima maaf

ARTIKEL BERKAITAN: Isu disindir Sheila Rusly... Janna Nick rasa lebih baik diam atas dasar hormat


Janna menitiskan air mata ketika ditemu bual oleh media pada Selasa.

"Saya dah maafkan tapi bagi saya masa untuk hadam apa yang dia dah buat pada saya dan keluarga," katanya ketika dihubungi mStar Online.

Pada Selasa, Janna atau Nurul Jannah Muner, 25, memohon maaf secara terbuka kepada Sheila serta keluarganya jika dia pernah membuat sebarang kesalahan sehingga menggores perasaan penerbit dan pengarah itu.

Jujur... Apa yang terjadi ini tidak ada kena mengena dengan Leftenan Zana. Hal keluarga yang terlalu peribadi untuk dikongsi

SHEILA RUSLY

PRODUSER JS PICTURES

Janna juga memberitahu sebelum ini dia juga pernah memohon maaf secara peribadi kepada Sheila menerusi mesej namun tidak mendapat respons daripadanya.

Kemelut hubungan kedua-dua selebriti itu bermula apabila Sheila didakwa memuat naik status seolah-olah menyindirnya di Instagram namun dinafikan oleh produser tersebut.

Hubungan Janna dan keluarga Sheila sangat rapat.

Isu melibatkan mereka terus hebat diperkatakan apabila Sheila berhenti mengikuti Instagram Janna malah ada mengatakan hubungan dingin itu untuk menaikkan rating drama terbaharu terbitan syarikatnya, JS Pictures Sdn Bhd, Leftenan Zana.

Dalam pada itu, Sheila menjelaskan apa yang berlaku antara dia dan Janna tiada langsung kaitan dengan drama terbaharu itu yang menampilkan Janna sebagai watak utama.

Sebaliknya kata Sheila, perselisihan faham berkenaan terlalu peribadi untuk dikongsi secara terbuka kerana ia adalah melibatkan hal keluarga.

"Jujur... Apa yang terjadi ini tidak ada kena mengena dengan Leftenan Zana. Hal keluarga yang terlalu peribadi untuk dikongsi," katanya

Artikel Lain