suria

Netizen tersedar dan minta maaf anggap Afifah Nasir tak salah

Ramai netizen mesej peribadi beri kata semangat dan mohon maaf pada Afifah.

PELAKON Afifah Nasir yang pernah terpalit dengan kontroversi keluar bersama di pusat hiburan karaoke bersama Aliff Aziz menerima kata-kata semangat termasuk permintaan maaf daripada netizen yang pernah menghinanya.

Afifah berkata, mereka perlu meminta maaf atas apa yang sudah berlaku.

"Ramai yang beri mesej peribadi, saya akan biarkan di situ, apa yang sudah kamu lakukan pada waktu lakukan minta ampun kepada Allah.

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri dah bagi peluang, Aliff Aziz buat hal lagi dengan pelakon baharu

ARTIKEL BERKAITAN: Aliff Aziz hanya kawan... Oktovia Manrose kesal dituduh mabuk

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya Buntu, Nak Keluar Ditahan Aliff” - Afifah Nasir

Afifah menerima mesej peribadi daripada netizen.

"Saya juga ingatkan kepada semua supaya selalu berbuat baik dan tidak menyakiti orang lain tanpa mengenali mereka,” ujarnya.

Afifah turut memuat naik beberapa mesej daripada netizen yang meminta maaf kepadanya.

Ada juga segelintir menganggap pelakon tersebut sebenarnya tidak bersalah dan menjadi mangsa keadaan.

Pada Rabu, dunia hiburan dikejutkan dengan pendedahan Bella Astillah bahawa suaminya aktor Aliff Aziz berlaku curang buat kali kedua dengan seorang pelakon baharu Oktovia Manrose.

Aliff Aziz dan Afifah ketika mereka membintangi drama Izinkan Aku Mencintaimu pada 2017.

Dalam pada itu, Afifah mengingatkan agar semua peminatnya agar sentiasa melakukan kebaikan.

"Sementara anda masih hidup buatlah kebaikan dan habiskan masa dengan melakukan perkara yang berfaedah," ujarnya.

Pada Julai 2017, pelakon Aliff Aziz didakwa mempunyai hubungan istimewa dengan pelakon wanita Afifah Nasir apabila didapati berhibur di sebuah pusat karaoke.

Rentetan itu berlaku ketegangan rumaf tangga Aliff Aziz dan Bella namun ia dapat diselesaikan selepas Aliff mengaku kesipalannya.

Artikel Lain