suria

“Tak kelakar tapi nampak bodoh” - Isteri Alif Satar kesal suaminya dikaitkan dengan isu Aliff Aziz

Isteri Alif Satar tegur netizen kaitkan suaminya.

KONTROVERSI rumah tangga pelakon Aliff Aziz dan Bella Astillah turut menjejaskan nama baik penyanyi dan pelakon Alif Satar.

Nama Alif Satar turut menjadi trending di Twitter apabila netizen seolah-olah membuat jenaka kononnya keliru antara dua penyanyi itu.

Bagaimanapun, isteri Alif Satar iaitu Sha Dila Halid menegur indivdiu terlibat apabila perkara tersebut menimbulkan rasa kurang senangnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri dah bagi peluang, Aliff Aziz buat hal lagi dengan pelakon baharu

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya tak patut keluar dengan suami orang” - Oktovia Manrose minta maaf pada Bella Astillah

Nama Alif Satar turut menjadi trending di Twitter apabila netizen mengaitkan dirinya dalam isu Aliff Aziz.

"Sejujurnya, jenaka mengatakan ia Alif Satar (sedangkan Aliff Aziz) tapi sebenarnya bukan dia, tak kelakar pun. Ia hanya buktikan betapa hambarnya lawak anda.

"Kalau anda berniat nak buat kelakar, anda gagal. Tapi kalau anda nak kelihatan bodoh, tahniah, anda berjaya," tulisnya di Instagram.

Selain itu, laman sosial Aliff Satar turut dipenuhi komen-komen yang mengaitkan dirinya dalam situasi dialami Alif Aziz.

Alif Satar dan isterinya kini berada di Brisbane Australia bagi menjalani penggambaran sebuah program.

Alif Satar berkahwin dengan Sha Dila pada 15 September 2014 dan mereka dikurniakan dua cahaya mata perempuan.

Isteri dakwa Alif curang dan ada hubungan dengan pelakon baharu Oktovia Manrose.

Pada Rabu, isteri penyanyi lagu Sayang-Sayang iaitu Bella Astillah mendedahkan suaminya, Aliff Aziz berlaku curang dengan seorang pelakon baharu Oktovia Manrose.

Bella berkata, dia mula mengesyaki perkara itu apabila Aliff mula berkelakuan pelik selain mendapat maklumat daripada sumber di Instagram.

Ia bukan kali pertama Aliff Aziz bersikap sedemikian kerana sebelum ini dia pernah keluar bersama pelakon Afifah Nasir sehingga menjadi kontroversi.

Sementara itu, pelakon Oktovia turut mengakui kesilapannya keluar dengan pelakon tersebut dan meminta maaf kepada Bella.

Aliff Aziz, Alif Satar

Artikel Lain