suria

“Saya jujur, tiada niat jahat” - Syazwan jawab mesej nakal tanya saiz bra

Syazwan Zulkifly berkata dia bersikap jujur dengan soalannya. Gambar sebelahnya ialah wanita yang menerima mesej berkenaan.

PELAKON Syazwan Zulkifly tidak malu berterus terang dia ada bertanya soalan nakal berkaitan saiz bra kepada seorang wanita sehingga ia menjadi tular di media sosial pada malam Khamis.

Bagaimanapun, Syazwan berkata, soalan itu tidak berniat jahat dan hanya menguji tahap keterbukaan wanita berkenaan untuk berkawan dengannya.

"Ia cuma soalan biasa dan tidak berniat jahat pun, saya hanya jujur beritahu dia yang saya seorang yang nakal.

"Saya tidak mahu berpura-pura baik sebab itu saya sengaja menguji cara dia berfikir. Lagi pula perbualan itu baharu dan dia minta saya bertanya soalan jadi saya tanya sahajalah," ujarnya kepada mStar Online.

Seorang wanita dedah perbualan dengan pelakon Pujaan Hati Kanda.

Pada malam Rabu, seorang wanita mendedahkan mesej nakal di Instagram yang didakwa daripada pelakon Pujaan Hati Kanda itu.

Menerusi perbualan yang dikongsikan itu, lelaki didakwa pelakon tersebut bertanyakan soalan yang agak kurang sopan iaitu saiz bra wanita berkenaan.

Dalam pada itu, Syazwan berkata, dia tidak melenting atau meminta wanita itu membersihkan namanya.

Ia sudah selesai dan abangnya sudah menghubungi saya bagi meminta penjelasan. Saya beritahu niat saya itu hanya menguji sahaja

SYAZWAN ZULKIFLY

PELAKON

Katanya, ia perkara yang remeh dan pernah melalui kontroversi yang lebih teruk daripada ini.

"Ia sudah selesai dan abangnya sudah menghubungi saya bagi meminta penjelasan. Saya beritahu niat saya itu hanya menguji sahaja.

"Saya malas nak layan perkara remeh ini dan sebelum ini pun saya memang sudah dikenali dengan imej nakal," ujarnya.

Syazwan Zulkifly

Artikel Lain