suria

Bekas pemandu dedah tak dapat gaji… “Kau kerja macam taik, memandu sambil tidur!” kata Che Ta

Che Ta dedah bekas pemandunya tidak melakukan kerja dengan baik.

PELAKON Rozita Che Wan berang apabila bekas pemandunya mendakwa tidak menerima bayaran gaji seperti yang dijanjikan.

Rozita atau mesra dengan panggilan Che Ta, 46, mendedahkan individu tersebut tidak melakukan kerja dengan baik dan pernah memandu kereta sambil tidur.

"Kau kerja macam taik (tahi), kau nak aku viralkan ke macam mana kau kerja, apa kau ambil, apa kau buat malam-malam sampai bawa kereta sambil tidur!!!

"Bila hidup kau susah, jangan salahkan orang lain, tanya diri sendiri macam mana kau kerja!!!" tulis Che Ta menerusi laman Instastory miliknya.

Che Ta membalas semula status yang dimuat naik bekas pemandunya.

Menerusi laman Facebook, pemuda itu yang baru sahaja bekerja selama dua bulan mendedahkan Che Ta enggan membayar gajinya sebanyak RM2,000.

Dia mendakwa tiada niat untuk membuka aib sesiapa namun terpaksa menjelaskan perkara itu selepas dicabar Zain Saidin iaitu suami Che Ta.

Pemuda itu juga ada memuat naik perbualan dengan pembantu peribadi (PA) Che Ta yang dikenali sebagai Kak Nani menerusi aplikasi WhatsApps.

Menerusi paparan skrin perbualan itu, bekas pemandu berkenaan meminta Kak Nani untuk bertanyakan tentang gajinya dan saman trafik RM300 pada Che Ta namun aktres tersebut enggan membayar.

Paparan skrin perbualan pemandu dengan pembantu peribadi Che Ta.

"Sedih rasa hidup kita kerja penat siang malam gaji tak dibayar. Terima kasih la niaya saya macam ni Che Ta.

"Siap suami kau hubungi aku cakap aku putar belit cerita bagai siap kata tak apa nak viral, viral la kita tengok siapa punya viral lagi kuat.

"Aku bukan nak buka aib kau tapi suami kau yang cabar aku siap cakap kuasa viral siapa lagi kuat. Jagan sampai tak ada orang nak ambil aku kerja lagi dia cakap," katanya.

Che Ta

Artikel Lain