suria

RM2,000 dah bayar dan bakal saman pemandu... Che Ta dedah nyawa dalam bahaya ketika ke Johor

Rozita tuntut permohonan maaf terbuka.

PELAKON Rozita Che Wan menjelaskan dia sudah melakukan pembayaran gaji kepada pemandunya berjumlah RM2,000 pada Khamis.

Rozita atau lebih mesra dipanggil Che Ta berkata, gaji pada bulan Februari dibayar agak lewat berikutan dia banyak urusan iaitu kerja luar.

“Bayar tetap bayar. Gaji dia sudah dibayar penuh seperti biasa berjumlah RM2,000 hari ini. Gaji dia bulan pertama dibayar seperti biasa. 

"Cuma untuk bulan Mac saya terlambat bayar kerana tidak masuk ke pejabat untuk menguruskan hal kerja termasuk pembayaran gaji. Kebiasaannya saya akan bayar gaji setiap hujung bulan atau selewat-lewatnya sebelum masuk tarikh ketujuh bulan seterusnya. Itu standard biasa," ujarnya kepada mStar Online pada Khamis.

Mengikut peruntukan di dalam Akta Pekerjaan 1955, setiap majikan mesti membayar upah atau gaji kepada pekerja selewat-lewatnya pada atau sebelum hari ketujuh setiap bulan.

ARTIKEL BERKAITAN: Bekas pemandu dedah tak dapat gaji… “Kau kerja macam taik, memandu sambil tidur!” kata Che Ta

Rozita Che Wan

Sebelum ini, seorang individu yang mendakwa bekerja sebagai pemandu peribadi mendedahkan pelakon Kiah Pekasam itu tidak membuat bayaran gaji dan meminta upahnya dengan kata-kata negatif berunsur provokasi kepada aktres berkenaan.

Malah, komen berbaur hasutan itu turut meminta orang ramai membuat laporan menyekat Instagram Rozita dan suaminya pelakon Zain Saidin.

Dalam pada itu, Rozita berkata, lelaki beridua 21 tahun itu menunjukkan prestasi kerja yang hambar sepanjang dua bulan.

Dia pernah terlelap waktu memandu ketika kami dalam perjalanan ke Johor. Saya minta dia berhenti memandu dan membasuh mukanya. Dia harus fikir dengan sikapnya itu, nyawa orang lain boleh tergadai.

ROZITA CHE WAN

PELAKON

Katanya, dakwaan bekerja lebih masa sehingga keletihan adalah tidak benar sama sekali.

"Kalau dia muat naik dalam status di Facebook, cakap kena kerja pada dari pukul 7 pagi hingga 12 malam sampai letih. Kenapa tak tulis pula sepanjang masa itu, masa banyak dihabiskan dengan membuta (tidur).

"Tak cukup saya cakap jangan tidur di sofa di pejabat, dia sambung pula di surau. Sebelah malam pula sanggup ambil kerja lebih masa dengan menjadi pemandu Grab sampai lewat pagi.

"Soal nak buat kerja lain itu saya tak pernah larang, tapi sampai etika kerja jadi ‘ke laut’ hingga tak datang tepat waktunya, apa saya patut beri muka dengan orang macam ini.  Banyak kesalahan dan masalah yang ditimbulkan, tapi saya cuba pejam mata. Nampak gayanya, dia cuba menguji tahap kesabaran diri," ujarnya.

Che Ta turut meluahkan rasa geramnya di laman sosial Intasgram.

Tambah Rozita, lelaki tersebut pernah terlelap ketika sedang memandu dan membahayakan nyawa dia dan keluarga.

"Dia pernah terlelap waktu memandu ketika kami dalam perjalanan ke Johor. Saya minta dia berhenti memandu dan membasuh mukanya. Dia harus fikir dengan sikapnya itu, nyawa orang lain boleh tergadai," ujarnya.

Dalam pada itu, Rozita berkata, dia akan mengambil tindakan tegas terhadap lelaki itu yang telah memalukan dan menjatuhkan reputasinya.

Rozita berkata, dia akan membuat tuntutan saman malu dan permohonan maaf secara terbuka daripada lelaki terbabit.

"Dengan apa yang sudah dia lakukan kepada saya dengan mengadakan cerita tak benar sekali gus jatuh fitnah dan memalukan, kami akan ambil tindakan tegas.

"Kami sudah berhubung dengan peguam untuk tindakan mahkamah. Malah kami juga  nak buat saman malu dan memohon dia melakukan permohonan maaf secara terbuka,” ujarnya.

Rozita Che Wan

Artikel Lain