suria

Abu dan Hana bolehkah anda bahagia atas kesengsaraan wanita lain? Anda akan menyesal! - Wardina

Wardina luah rasa marah di laman Instagram miliknya.

KONTROVERSI rumah tangga Pencetus Ummah Abu Sufian yang menceraikan isteri yang sedang hamil demi berkahwin dengan seorang wanita bergelar janda mengudang pelbagai reaksi masyarakat.

Biarpun pendakwah bebas itu sudah mengakui kesilapan dan membuat permohonan maaf, namun kemarahan netizen terhadapnya masih belum reda.

Terbaharu, pelakon Wardina Safiyyah turut meluahkan rasa marah dan berasa simpati terhadap situasi yang menimpa bekas isteri lelaki itu iaitu Ain Afini.

Wardina menerusi Instagram miliknya berkata, apa yang dilakukan oleh PU Abu adalah tidak masuk akal dan menjijikkan bagi seorang yang bergelar ustaz.

ARTIKEL BERKAITAN: “Kalau bekas isteri sayangkan saya, dia tak buat macam ni” - PU Abu menyesal, mohon maaf

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya ada cerita sendiri” - PU Abu mengaku cerai isteri sarat mengandung

 

Luahan Wardina terhadap kontroversi rumah tangga PU Abu.

"Sebenarnya tak komen lagi bagus tapi macam nilah, pada saya bukan juga soal PU atau Dai’ ceraikan isterinya waktu sarat tapi si Abu miang ni dok bercinta dengan perempuan lain (tak kisahlah Janda atau tidak) lepas baru dua bulan berkahwin dan sedang menanti kelahiran cahaya mata sulung.

"Pada saya sebenarnya lagi merana hidup sekiranya terpaksa berhadapan dengan suami yang sedang angau dengan wanita lain. Jadi memang eloklah dilepaskan. Tapi hakikat bahawa dia jatuh cinta dengan wanita lain selepas hanya dua bulan perkahwinan hanya tidak masuk akal.

"Tak berbaloi berantakan rumah tangga dan berpecah belah keluarga kerana seorang wanita demi mengejar nafsu yang tidak pernah kenal erti puas," ujarnya.

Pada Sabtu lalu, bekas isteri ustaz selebriti itu membuat pendedahan bahawa diceraikan oleh suaminya ketika sedang sarat mengandung.

Menerusi pendedahan itu, Ain berkata, suaminya berkahwin dengan seorang wanita yang berstatus ibu tunggal bernama Hana Azra.

Sementara itu, Wardina berharap agar Allah membuka hati dan sedar sama ada tindakan mereka berdua mampu mendapat bahagia atas kesengsaraan orang lain.

Katanya, apa yang dilakukan pasangan itu adalah tidak berbaloi dan akan menyesal suatu hari nanti.

Dia juga menasihatkan agar semua lelaki lebih menghargai dan mencintai isteri mereka.

"Buat Encik Abu semoga Allah buka hati dan mata. Buat Hana Azra benarkah anda boleh berbahagia di atas kesengsaraan wanita lain? It’s not worth it. Satu hari nanti anda akan menyesal.

"Ustaz dan orang agama gatal sangat menjijikan, saya tidak boleh menerima jenaka mereka secara rawak dengan bercakap tentang berkahwin dengan seseorang di media sosial atau di ceramah mereka. Jadilah lelaki. Hormati isteri anda terlebih dahulu dan paling utama," ujarnya.

PU Abu, Wardina Safiyyah

Artikel Lain