suria

Fathia Latiff buat hal lagi tayang gambar tak bertudung, netizen kata mungkin depresi

IMEJ di sebelah kanan adalah foto terbaharu yang dimuat naik Fathia di Instagram.

PELAKON sensasi Fathia Latiff sekali lagi mengundang tanda tanya dalam kalangan netizen apabila memuat naik foto tidak bertudung di laman sosial Instagramnya pada malam Ahad.

Fathia atau nama sebenarnya Nur Fathia Abdul Latiff, 32, memuat naik foto berkenaan dengan kapsyen "The star is still bright even in the dark " (bintang masih berkilauan walaupun dalam gelap).

ARTIKEL BERKAITAN: “Harap ada yang sudi terima saya seadanya” - Fathia Latiff belum ada kekasih

ARTIKEL BERKAITAN: Heboh Fathia buka tudung, Emma Maembong di celah kangkang abang menteri

Pelakon Ariana Rose yang mempunyai lebih 3.3 juta pengikut ini juga memadam semua foto lain.

Paparan skrin Instagram Fathia yang hanya mempunyai satu gambar.

Pada foto berkenaan, Fathia seolah-olah sengaja meraih perhatian dan mahu menjadi topik perbualan netizen.

Bagaimanapun, segelintir netizen berpendapat pelakon itu sebenarnya sedang berdepan masalah depresi yang memerlukan bantuan.

Ia bukan kali pertama pelakon ini tampil dalam keadaan tidak bertudung.

Malah dia juga sudah berkali-kali meminta maaf atas kekhilafannya itu.

Fathia Latiff

Artikel Lain