suria

“Betulkan kening You... serabut!” - Teguran biadab Fathia buat wanita ini naik angin

Fathia menjatuhkan air muka dengan menegur kening gadis berkenaan.

GARA-GARA menegur bulu kening seorang wanita, nama Fathia Latiff sekali lagi menjadi sensasi di media sosial pada Rabu.

Wanita menggunakan nama Syilala di laman Twitter berang apabila pelakon itu yang pada mulanya bertanya tentang arah sebuah kedai tiba-tiba menegur tentang bulu kening serta menjatuhkan air mukanya.

"Dia datang dengan kawan dia untuk tanya mana Lovisa (Mid Valley) saya berada di The Garden. Lepas tu, dia tak dengar pun apa yang saya cakap, tiba-tiba dia kata ehh you better betulkan kening you... Serabut.

ARTIKEL BERKAITAN: Fathia Latiff buat hal lagi tayang gambar tak bertudung, netizen kata mungkin depresi

ARTIKEL BERKAITAN: Selepas buka tudung, Fathia kongsi foto dicium dan status berbaur lucah

"Belum sempat saya habis bagi direction dia potong! Macam geli sangat tengok kening saya. Do you need to question it? Tak proper langsung kamu ni.


Antara bebenang yang dimuat naik Syilala di laman Twitter.

"Dan saya pun pelik apa masalah perempuan ni? Kening saya pun jadi masalah kah? Kening saya serabut sampai kamu tak jumpa kedai dekat mana? Dah la tanya jalan. Kalau bayar tak mengapa juga," katanya.

Perkara itu didedahkan Syilala menerusi bebenang Twitter sehingga diulang kicau sebanyak lebih empat ribu kali.

Dalam pada itu, gadis tersebut menjelaskan dia tidak kisah sekiranya seseorang mahu menegur soal keningnya namun menyifatkan cara aktres sensasi itu sebagai biadab.

"Sejujurnya saya tak kisah dia nak tegur pasal kening. Tapi apa perasaan anda bila dia datang tanya jalan, dan saya dengan baik hati nak bagi tahu.

"Kemudian tu dia marah kawan saya kenapa tak tegur kening saya bersepah. Eh eh. Rasa nak lempang mulut dia.

"Lepastu dia cakap oh yaaa bt the way thanks. Cantik pakai tudung... gelak-gelak sambil jalan macam orang gila! Sumpah saya nak kejar nak lempang dia. Dapat baling kasut pun puas ni," katanya.

Fathia menyelar tindakan Syilala memviralkan mengenai insiden itu.

Sementara itu, Fathia atau nama sebenarnya Nur Fathia Abdul Latiff, 32, menerusi laman Instagramnya menyelar tindakan wanita tersebut dan menganggap segaja mencari publisiti.

"Kelakar sangat bila kamu nak meroyan satu kampung, beritahu satu dunia bila artis tegur kening kamu senget.

"Tahu pula nak mengamuk... masa kamu mengata artis sesedap mulut kamu macam tiada insurans tak apa pula?

"Sekarang rasa pula bagaimana perasaan itu. Ni baru sedikit," ujarnya.

Fathia Latiff, Syilala

Artikel Lain