suria

“Saya nak sara hidup, kalau tak kerja bukan kau mahu tolong” - Bella Astillah tegur individu hina dan tuduh tak jaga edah

BEKAS isteri penyanyi Aliff Aziz iaitu Bella Astillah menegur tindakan seorang pengguna media sosial yang sering meninggalkan komen penghinaan terutama menyentuh soal kehidupan peribadinya.

Menurut Bella, 25, pada awalnya dia enggan melayan komen daripada netizen berkenaan, namun akhirnya memilih untuk bersuara apabila individu tersebut keterlaluan dengan mengaitkan nama keluarganya.

"This girl is really something. Dengki dan sakit hati betul dengan saya dan keluarga, akaun palsu dikesan. Tidak habis-habis mahu condemned, sis you tiada kerja lain ke selain jaga tepi kain saya. Jaga your family ke, bersedekah ke, tak habis-habis.

ARTIKEL BERKAITAN: Aliff Aziz sibuk promosi produk di Instagram, Bella Astillah urus anak sakit seorang diri

ARTIKEL BERKAITAN: “Status tu belum tentu untuk saya” - Bella Astillah enggan komen kenyataan Aliff nak rujuk

"Saya selama ini sabar dan diam tapi hari ini bila emak tunjuk komen awak rasa nak gelak pun ada, lama sudah perasan kau ni tapi kali ini melampau.

"Nak cakap parents saya tak ajar saya, nah jadi kau pula macam mana? begini ke kau dididik oleh orang tua mu, mahu cakap apa-apa pun saya raih simpati ke menangis ke tapi bukan saya kasi susah kau depan-depan," katanya.

Luahan Bella di Instastory.

Bella menulis luahan perasaan kurang senang dengan komen seorang netizen itu di InstaStory pada Isnin.

Hasil carian mendapati akaun menggunakan nama Ninie Aziera sudah dinyahaktif di laman tersebut.

Dalam pada itu, Bella berkata dia tidak kisah jika ada pihak yang mempertikaikan mengenai bakat nyanyiannya.

Disebalik kritikan tersebut, dia bersyukur kerana Allah terus mengurniakan rezeki buatnya dan anak Mohamad Ayden Adrean.

"Mahu cakap saya tiada bakat pun saya ok saja, sebab suara saya bukan pakai kau jua. Alhamdullilah Allah berpihak sama orang yang benar kerana itulah Allah bagi rezeki buat Ayden.

"Saya tidak pernah kasi kecewa atau kasi malu orang tua saya," katanya.

Bella bersama anaknya Ayden.

Sementara itu, penyanyi lagu Jom Raya ini memberitahu tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan jika wanita tersebut terus memburuk-burukkannya di laman sosial.

"Semoga kau cepat sembuh dari PHD (perasaan hasad dengki) dan kalau kamu tidak berhenti juga kami sini akan ambil tindakan.

"Ni pun dia kali (merujuk akaun palsu kedua milik seorang lelaki) sanggup buat akaun lagi. Semoga Allah melindungi jiwamu selalu," ujarnya.

Dalam muat naik berlainan pula, Bella menjelaskan tindakannya mempromosikan produk di laman sosial sepanjang tempoh edah adalah atas tuntutan kerja.

"Ada kata saya tak 'jaga' dalam tempoh edah, kalau awak boleh tanggung sama Ayden, then okay lah duduk rumah berkabung then transfer saya duit.

"Saya buat semuanya cari rezeki, saya bukan seronok-seronok dan enjoy, saya nak sara hidup kalau saya tak kerja bukan kau mahu tolong.

"Lagi satu, sebelum terjadi apa-apa saya sudah sign contract then kena teruskan kerja promosi barangan mereka di Instagram," katanya.

Bella masih dalam tempoh edah.

Pada 16 Mei lalu, Bella dan Aliff bercerai talak satu selepas kontroversi melibatkan Aliff yang didakwa curang bersama beberapa wanita sepanjang perkahwinan mereka.

Bella dan Aliff berkahwin pada 9 September 2016. Hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Mohamad Ayden Adrean berusia dua tahun.

Pada waktu ini Bella perlu menjalani tempoh edah sebanyak tiga kali suci atau lebih kurang empat bulan.

Dalam tempoh beredah ini, mana-mana pasangan bercerai boleh rujuk semula sama ada secara lafaz lisan atau perbuatan iaitu melakukan hubungan suami-isteri.

Bella Astillah, Aliff Aziz

Artikel Lain