suria

Chef Fikree masih sayang keluarga... “Tuduhan dilemparkan kepada saya tidak benar”

EKORAN beberapa pendedahan yang dibuat oleh isteri Chef Fikree Aznan iaitu Sharifah Zuriehan Ben Yahya menerusi media sosial, cef selebriti itu pada Jumaat menegaskan tuduhan-tuduhan tersebut sebagai tidak benar.

Menerusi perkongsian terbaharunya, Fikree memohon semua pihak untuk menghormati hak peribadi dan memberi ruang memperbetulkan keadaan tersebut.

"Semua tuduhan yang dilemparkan kepada saya adalah tidak benar. Mohon kerjasama daripada semua pihak untuk menghormati hak peribadi saya.

"Kami mohon doa daripada semua supaya kesulitan yang berlaku ini dapat jalan penyelesaian yang terbaik demi keluarga yang saya cintai.

ARTIKEL BERKAITAN: “Kali ini bini orang anak 3” - Chef Fikri pula dituduh curang, isteri ‘meletus’ ketika 10 malam terakhir Ramadan


Chef Fikree berharap semua pihak mendoakan dia dapat menyelesaikan masalah rumah tangganya dengan baik.

"Saya harap semua dapat beri kami ruang dan masa untuk perbetulkan keadaan ini. Sokongan positif daripada semua amatlah diperlukan dan dihargai," kata Fikree.

Sebelum ini menerusi posting terbuka di Instagram, Zuriehan mendakwa suaminya berlaku curang, namun sudah memadam dakwaan tersebut.

Menerusi pendedahan itu, Zuriehan berkata, suaminya beberapa kali 'kantoi' berbalas mesej berbaur lucah dengan seorang personaliti televisyen yang sudah berkahwin ketika dia sedang sarat mengandung.

Manakala pada Khamis, Zuriehan sekali lagi memberitahu Fikree sudah melepaskan dia dengan cara baik namun status tersebut juga dipadam beberapa jam kemudian.

Zuriehan sebelum ini mendedahkan suaminya berlaku curang.

Chef Fikree

Artikel Lain