suria

A. Aida jawab 10 soalan panas - Hanya mahu cinta dan kasih sayang, tiada peluang kedua buat bekas suami

A. Aida tidak akan memberi peluang kedua sekiranya bekas suami ingin rujuk semula. Foto: LOW BOON TAT.

SEGALA persoalan mengenai status rumah tangga Datuk A. Aida dan Ariff Aziz akhirnya terjawab apabila produser itu mengumumkan mereka sudah bercerai secara baik pada 25 April lalu.

Kedua-keduanya bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah, Gombak Timur.

Dalam sidang media mengumumkan perkara itu di Hotel Concorde, Kuala Lumpur pada Selasa, A. Aida diasak pelbagai soalan oleh wartawan yang mahukan kepastian apakah punca mereka berpisah.

Tempoh sembilan bulan usia perkahwinan yang seharusnya menjadi waktu berbulan madu bertukar sebagai memori hitam dalam rumah tangga mereka.

ARTIKEL BERKAITAN: A. Aida, Ariff cerai talak satu - “Saya gembira dengan perceraian ini”

A. Aida bagaimanapun dilihat cuba menyembunyikan punca perceriannya namun terdapat beberapa soalan wartawan seolah-olah merungkai apa sebenarnya berlaku.

Ditemani peguamnya Datuk Zulkifli Che Yong ikuti beberapa petikan soalan yang dikemukakan wartawan dalam sidang media itu.

Perkahwinan A. Aida dan Ariff yang dibina tidak sampai setahun.


1. Sejak bila masalah rumah tangga berlaku?

Apabila terjadinya perceraian itu maksudnya ada masalah. Saya dah tak mampu lagi untuk bersama dia. Sebab tu, saya ada berjumpa dengan peguam untuk berbincang mengenai hal ini.

Seperti yang dinyatakan saya failkan perceraian pada 4 April (2019) dan Alhamdulillah kami sah bercerai pada 25 April lalu.

2. Apakah punca sebenar A. Aida mengambil keputusan untuk bercerai?

Punca perceraian itu... tak payah saya kongsikan. Bila berlaku satu perceraian itu, maknanya tak ada jodoh.

Seperti yang saya nyatakan, ajal dan jodoh itu rahsia Allah. Siapa yang kahwin nak bercerai? Sampai situ saja jodoh kami, saya reda.

A. Aida bersama peguamnya, Zulkifli Che Yong dalam satu sidang media khas.

3. Adakah benar dakwaan segelintir pihak kononnya punca sebenar perceraian itu disebabkan sikap Ariff yang cemburu dan mengambil kesempatan terhadap kesenangan A. Aida?

Tak ada la, tak baik cakap macam tu. Saya ada semuanya dan apa yang saya mahukan hanya cinta dan kasih sayang. Tidak kisah lelaki itu ada duit atau berkerjaya.

Janji dia boleh jaga dan menyayangi saya. Tapi biasalah, lumrah waktu bercinta semuanya wangi tapi apabila berlaku perpisahan, ada macam-macam cerita yang timbul.

Ada yang kata A dan ada yang kata B. Tapi bagi saya, biarlah punca sebenar perceraian itu menjadi rahsia saya.

4. Berapa lama tempoh bahagia A. Aida dan Ariff sebelum membuat keputusan untuk bercerai?

Bagi saya, biarlah ia menjadi rahsia. Tak perlu saya bercerita. Nanti orang menyampaikan cerita lain dan perkara ini boleh berpanjangan.

A. Aida turut ditemani dua anak perempuannya.

5. Mengapa mengambil masa selama dua bulan untuk mengumumkan mengenai status rumah tangga?

Saya bercerai sebelum bulan puasa (Ramadan). Bagi saya, waktu bulan puasa itu adalah masa untuk membuat amal ibadat.

Setelah berbincang dengan rakan-rakan, jalan yang terbaik adalah selepas berpuasa (umum bercerai).

6. Bagaimana pula penerimaan anak-anak dan keluarga?

Alhamdulillah keluarga dan anak-anak menyokong keputusan saya (untuk bercerai). Kini saya lebih tenang dan bahagia di samping anak-anak.

7. Sejak bila tidak tinggal sebumbung dengan bekas suami?

Semenjak saya bercuti ke Mesir pada Mac lalu. Pada 21 Mac lalu, saya dah berbincang dengan dia, kalau boleh balik Malaysia nak selesaikan semuanya.

Saya mengakui ia merupakan kesilapan saya sendiri kerana terlalu cepat untuk menjadi seorang isteri. Keluarga pun terkejut dengan keputusan saya yang amat cepat nak kahwin.

DATUK A. AIDA

PRODUSER

8. Sekiranya Ariff ingin rujuk kembali, adakah A. Aida akan memberikan peluang kedua?

Tidak... Tak ada peluang kedua.

9. Apa iktibar dan pengajaran yang A. Aida dapat menerusi perceraian kali keempat ini?

Pengajarannya adalah kita kena ada tempoh mengenali hati budi sebelum membuat keputusan untuk berkahwin. Kenal dahulu hati budi dan perangai pasangan kita tu.

Saya mengakui ia merupakan kesilapan saya sendiri kerana terlalu cepat untuk menjadi seorang isteri. Keluarga pun terkejut dengan keputusan saya yang amat cepat nak kahwin.

10. Sekiranya dipertemukan jodoh selepas ini, adakah A. Aida akan menolak? 

Buat masa sekarang, saya ingin fokus kepada perniagaan saya. Insya-Allah saya akan keluarkan jenama baju sukan dan komestik saya. 

Soal jodoh tu, seperti yang saya katakan. Semuanya perancangan Allah.

Demikianlah komen A. Aida mengenai perceraiannya.

A. Aida dan Ariff Aziz atau nama sebenarnya Wan Izma Ariff Abd Aziz diijabkabulkan dengan dua kali lafaz pada 21 Julai 2018 dalam satu majlis di Hotel Dorsett Grand, Subang Jaya.

Foto kenangan ketika majlis pernikahan A. Aida dan Ariff pada 21 Julai tahun lalu.

A. Aida pernah berkahwin dengan bekas vokalis kumpulan Spring iaitu Ameng pada 1994 namun berpisah pada 2003.

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Wan Az Aleesa, 23, dan Wan Azevanatassha yang kini berusia 18 tahun.

Beliau juga pernah berkahwin dengan seorang anggota polis lain-lain pangkat untuk tempoh beberapa bulan.

Dia kemudian berkahwin lagi bersama seorang pegawai polis yang berpangkat Asisten Supritenden (ASP) ketika itu, Suffian Sulaiman pada 2007 namun juga berakhir dengan perceraian.

Mereka berpisah pada 2013 dan dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Muhammad Rahul yang berusia 11 tahun.

A. Aida, Ariff Aziz

Artikel Lain