PELAKON dan penyanyi Erra Fazira menganggap kontroversi antara dia dengan pelakon Datin Seri Umie Aida sebagai titik hitam dalam hidupnya. Erra atau Fazira Wan Chek, 45, bagaimanapun berkata, dia mengambil isu tersebut secara positif serta melihat ia sebagai pengajaran paling bermakna dalam menjadikan dirinya lebih baik pada masa hadapan. "Saya memilih untuk berdiam diri atas keputusan saya sendiri. Apa-apa pun saya mengambil perkara yang berlaku ni sebagai satu titik hitam dalam hidup saya. ARTIKEL BERKAITAN: “Kepercayaan musnah, aku dah penat jadi bodoh” - Umie Aida! Erra pula minta netizen henti berbalah ARTIKEL BERKAITAN: “Saya mohon maaf Umie...” - Erra Fazira mengaku buat salah kali ketiga "Saya berharap dan tolong doakan juga agar perjalanan saya lebih baik dan InsyaAllah saya hanya mahu teruskan hidup dengan lebih baik, produktif, tenang dan damai. "Banyak saya belajar dan ia satu pengajaran yang paling best dalam hidup. Apa yang berlaku, langgar lubang atau dinding, kita buat apa sekali pun, ia ya bukan pelajaran tak bagus... Semuanya bagus bagi saya," katanya kepada mStar. Erra jadikan ia sebagai pengajaran. Erra ditemui ketika majlis pelancaran program bual bicara Mingguan Wanita di Bens, The Gardens Mall, Kuala Lumpur pada Rabu. Pada 13 Jun lalu, Umie menerusi laman Instagramnya mendedahkan dirinya dikhianati seorang sahabat baik. Menerusi catatannya itu, Umie berkata dia tidak berniat untuk mengaibkan mana-mana individu namun beranggapan dirinya mempunyai hak untuk meluahkan rasa kecewa. Susulan itu, Erra mengakui kesilapannya melukai sahabatnya itu telah memohon maaf buat kali ketiga. Erra turut memberitahu Umie pernah menghubunginya bagi menyelesaikan kemelut yang melanda mereka. Erra dan Umie pernah bersahabat baik. Dalam pada itu, apabila ditanya adakah apa yang berlaku melukai hatinya, pelakon yang pernah popular menerusi filem Pasrah memberitahu biarlah rasa duka itu disimpannya sendiri. "Saya berduka atau tidak itu adalah cerita saya. Hal peribadi saya dan saya ada tempat untuk mengadu," ujarnya. Bagaimanapun persengketaan antara Umie dan Erra akhirnya menemui titik noktah apabila kedua-duanya bersemuka bagi menjernihkan keadaan. Umie atau nama sebenarnya Umi Khalsum Rahmad Ali, 46, yang enggan bermasam muka dengan Erra mengakui kini sudah berbaik semula selain turut meminta netizen agar tidak bercakap mengenai hal ini. Umie berkongsi mengenai hal itu menerusi video bertarikh 14 Jun 2019 yang memaparkan kedua-dua mereka saling berpelukan.