suria

Fatin Afeefa tak serik? Wanita bagi amaran... “Berjanji tak kacau rumah tangga aku lagi, berhenti sorok-sorok berjumpa”

Seorang wanita yang dikenali sebagai Mag memuat naik bukti perbualan Fatin dengan suaminya di Twitter.

NAMA pelakon Fatin Afeefa sekali lagi menjadi perhatian apabila didakwa menjalinkan kembali hubungan cinta dengan seorang lelaki berstatus suami orang.

Perkara itu didedahkan oleh individu yang menggunakan nama Mag di Twitter pada Khamis yang mendakwa pelakon drama Red Velvet itu menjadi orang ketiga dalam rumah tangganya sejak dua tahun lalu.

Menurut Mag, Fatin ada menghubunginya pada minggu lalu untuk memohon maaf dan berjanji tidak akan menganggu hubungan mereka.

ARTIKEL BERKAITAN: “Bukan Saya, Jangan Fitnah!” – Fatin Afeefa

"Kalau dah berjanji tak kacau rumah tangga aku lagi, pegang janji dan berhenti sorok-sorok berjumpa. Kalau buat, jangan salahkan I muat naik gambar kau.

Mag membuat pendedahan tersebut menerusi laman twitter.

"Beritahu saya kalau saya patut percaya Fatin Afeefa yang hubungi saya untuk mohon maaf minggu lalu. Dia usaha untuk hubungi selepas saya dedah beberapa mesej perbualannya.

"Saya masih baik meminta izin kalau okey untuk tweet gambar bogel juga. Saya telah dipermainkan dan ditipu olehnya selama dua tahun," kata Mag.

Mag sebelum ini juga pernah memuat naik paparan skrin perbualan antara Fatin dengan suaminya di Twitter pada Ogos tahun lalu.

Bagaimanapun, usaha mStar menghubungi Fatin untuk mendapatkan kenyataan dan penjelasan masih tidak berjaya.

Dalam pada itu, Mag mengakui bukan mudah untuk dia memaafkan seseorang yang berulang kali melakukan kesalahan yang sama.

Fatin sebelum ini menafikan dia adalah individu dalam foto wanita bercium.

"Fatin Afeefa, awak tahu saya betul. Awak menipu untuk menyembunyikan kebenaran tapi sekarang rahsia awak sudah terbongkar.

"Bukan mudah nak maafkan orang yang pernah dimaafkan lebih daripada dua kali. Maaf saya dipermainkan, dimanipulasi dan diambil kesempatan.

"Saya tidak tahu jika kali ini adalah drama yang sebenar atau hanya satu lagi. Pastikan ia sebaliknya, jika tidak... karma akan mengambil bahagian dalam drama ini," ujarnya.

Fatin sebelum ini pernah berkahwin dengan pelakon Adam Shahz pada 21 Disember 2013 dan bercerai dengan talak satu pada 30 Mei 2017.

Dia mempunyai dua cahaya mata iaitu Adam Aisy Arrian, 6, dan Ivy Herra Sophia yang kini berusia empat tahun.

Fatin Afeefa, Mag

Artikel Lain