suria

Nak cerai lagi? Isteri PU Abu dedah masalah rumah tangga - “Kami dah tak tinggal sebumbung”

Hana akui dia dan PU Abu kini dalam proses perceraian.

APA dah jadi dengan peserta Pencetus Ummah (PU) Abu Sufyan ni? Selepas dilanda kontroversi menceraikan isteri yang sedang hamil, dia dihimpit kisah sensasi baharu apabila rumah tangga bagi perkahwinan keduanya pula dikatakan mulai retak.

Selepas dua bulan menceraikan Ain 'Afini Latif, kebahagiaan yang diharapkan untuk perkahwinan terbaharunya dengan ibu tunggal, Hana Azraa turut diuji.

Perkara itu dikongsi sendiri Hana Azraa kepada mStar.

Menurut Hana atau nama sebenarnya Nurhannah Azra Mohd Zakir, dia dan PU Abu sudah membawa haluan masing-masing dan mereka tidak lagi tinggal bersama.

ARTIKEL BERKAITAN: Hana Azraa beri gambaran hamil, PU Abu belum sedia kongsi “InsyaAllah akan beritahu nanti”

ARTIKEL BERKAITAN: Jatuh talak 2... PU Abu dan isteri sah cerai selepas mereka patah balik ke mahkamah kemukakan bukti

"Saya dan Abu kini dalam proses untuk bercerai. Kami dah tak tinggal sebumbung, dia di Kuala Lumpur manakala saya di Kedah.

Hana mendoakan kebahagiaan PU Abu, Ain dan anak mereka.

"Saya tak nak dikaitkan lagi dengan PU Abu di media. Hidup saya cukup dengan anak-anak dan kerjaya," kata Hana kepada mStar.

Menerusi semakan mStar, kedua-dua mereka sudah tidak mengikuti laman sosial Instagram masing-masing sejak sebulan lalu.

Tambah Hana, dia tampil mahu menjelaskan situasi rumah tangganya secara terbuka bagi mengelak salah faham dalam kalangan netizen.

"Saya harap netizen tahu keadaan sebenar antara saya dan PU Abu... tak nak mereka salah faham tentang kami.

Hubungan saya dan PU Abu akan berakhir dengan baik. Insya-Allah.

NURHANNAH AZRA MOHD ZAKIR

ISTERI PU ABU

"Walau bagaimanapun, saya tetap doakan kebahagiaan PU Abu dan Ain (bekas isteri perkahwinan pertama) serta anak mereka sampai ke syurga.

"Hubungan saya dan PU Abu akan berakhir dengan baik. Insya-Allah," ujarnya.

Dalam pada itu, PU Abu atau nama sebenarnya Mohd Abu Sufyan Mokhtar Rozaidi ketika dihubungi mStar enggan mengulas berhubung kenyataan Hana mengenai status rumah tangga mereka.

"Saya dan dia masih suami isteri," katanya secara ringkas.

Menerusi laporan mStar pada 8 Mei lalu, PU Abu menjelaskan dia dan Hana, seorang ibu tunggal yang mempunyai seorang anak itu sudah berkahwin di Malaysia dan bukannya di Thailand seperti didakwa netizen.


PU Abu timang anak lelaki pada 7 Jun lalu.

Kontroversi rumah tangga PU Abu dengan bekas isterinya, Ain 'Afini pernah mendapat perhatian netizen di laman sosial sekitar April lalu.

Nama Hana dikaitkan dengan kontroversi itu apabila didakwa sebagai punca perceraian antara pendakwah bebas itu dengan Ain.

Konflik perceraian PU Abu dan Ain berkesudahan dengan jatuhnya talak dua pada 16 Mei lalu.

Hasil perkahwinan PU Abu dan Ain 'Afini, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Muhammad Adam Aysar di Hospital Shah Alam pada 7 Jun lalu.

PU Abu Sufyan, Hana Azraa, Ain Afini

Artikel Lain