suria

“Saya korbankan kasih sayang untuk kebahagiaan Fizo sekeluarga” - Mawar mahu bercerai bukan sebab harta atau orang ketiga

HILANG keserasian menjadi alasan dan punca rumah tangga pelakon Fizo Omar dan Mawar Abdul Karim yang dibina selama enam tahun gagal diselamatkan. 

Menurut Mawar, 30, mereka sudah cuba memperbaiki rumah tangga itu namun terpaksa mengorbankan kasih sayangnya demi kebahagian bekas suami sekeluarga.

ARTIKEL BERKAITAN: Fizo Omar ceraikan Mawar talak satu

ARTIKEL BERKAITAN: “Seandainya perpisahan terbaik buat kami, saya reda” - Fizo Omar ulas isu rumah tangga bergoncang

“Sudah tentu semua wanita sayangkan rumah tangga dan cuba sedaya upaya untuk selamatkan.

“Enam tahun tempoh perkahwinan ini, saya dan Fizo cuba (perbaiki hubungan) tapi saya reda. Mungkin sampai di sini sahaja saya cari keserasian dengan Fizo serta keluarganya.

“Saya korbankan kasih sayang saya untuk kebahagiaan Fizo sekeluarga,” kata Mawar kepada mStar.

Fizo dan Mawar mendirikan rumah tangga pada November 2013 dan dikurniakan cahaya mata perempuan Wan Maryam

Selain itu Mawar turut menafikan dakwaan kononnya rumah tangga mereka mula retak kerana harta, ego atau kehadiran pihak ketiga.

"Saya dah cuba nak selamatkan. Kalau orang nak cakap... ia bukan kerana ego atau harta. Pihak ketiga pun tak ada," katanya.

Kemelut rumah tangga Fizo dan Mawar menemui titik noktah apabila pelakon tersebut melafazkan cerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat, Bandar Baru Bangi, pada 10.55 pagi, Rabu.

Mawar sebelum ini memfailkan permohonan cerai mengikut Seksyen 57 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 pada 5 Julai lalu.

Hak penjagaan anak mereka iaitu Wan Maryam yang kini berusia dua tahun diberikan kepada Mawar.

Dalam pada itu, Fizo menganggap apa yang berlaku merupakan permulaan kehidupan dia dan bekas isterinya sebagai pasangan ibu bapa yang berpisah.

Menurut Fizo, tiada berlaku pergaduhan antara dia dan Mawar namun ia terjadi disebabkan atas ketentuanNya.

Tiada pertelingkahan atau pergaduhan. Apa yang terjadi sudah ditentukan Allah.

FIZO OMAR

PELAKON DAN USAHAWAN

“Bagi saya, apa yang berlaku bukan pengakhiran tapi permulaan kehidupan saya dan Mawar sebagai pasangan ibu bapa yang berpisah untuk membesarkan serta mendidik anak kami.

“Tiada pertelingkahan atau pergaduhan. Apa yang terjadi sudah ditentukan Allah,” ujarnya.

Perkahwinan pasangan itu mula dikatakan berdepan dengan masalah dan menjadi bualan hangat netizen apabila Fizo menyambut Aidilfitri berasingan dengan isteri dan anak.

Fizo dan Mawar mendirikan rumah tangga pada November 2013 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Wan Maryam yang kini berusia dua tahun.

Pasangan ini mendapatkan rawatan daripada Pakar Perbidanan dan Sakit Puan, Dr. Hamid Arsat untuk memperoleh zuriat.

Fizo Omar, Mawar Abdul Karim

Artikel Lain