suria

PU Abu 'sound' Caprice? - “Cari dekat Padang Mahsyar untuk minta maaf... bang, bang, bang”

PU Abu berharap pihak luar berhenti memberi sebarang komen mengenai kisah rumah tangganya.

SUSULAN pendedahan mengenai masalah rumah tangga bagi perkahwinan kedua Pencetus Ummah (PU) Abu Sufyan yang dikatakan mulai retak, pelbagai pihak kembali memperkatakan mengenai sikap pendakwah itu.

Segalanya bermula selepas isterinya sendiri, Hana Azraa mengakui dia dan PU Abu kini sudah tidak lagi tinggal sebumbung selain dalam proses untuk bercerai.

Bagaimanapun menerusi video yang dimuat naik di Instagram pada lewat malam Khamis, PU Abu atau nama sebenarnya Mohd Abu Sufyan Mokhtar Rozaidi menafikan pengakuan yang dibuat Hana.

ARTIKEL BERKAITAN: Nak cerai lagi? Isteri PU Abu dedah masalah rumah tangga - “Kami dah tak tinggal sebumbung”

ARTIKEL BERKAITAN: Jatuh talak 2... PU Abu dan isteri sah cerai selepas mereka patah balik ke mahkamah kemukakan bukti

“Hubungan saya dengan isteri iaitu Hana Azraa… kami baik-baik sahaja. Kami okey, kami masih suami isteri. Kami masih tinggal sebumbung, bukan dua bumbung tapi satu bumbung.

“Jadi spekulasi baru-baru ini adalah konflik kecil yang berlaku di antara kami. Biasalah rumah tangga... sedangkan lidah lagi tergigit, ini kan pula kusyen dengan sofa.

Posting yang dibuat Caprice berhubung isu rumah tangga PU Abu.

“Saya harap netizen doa yang baik-baik supaya kami boleh hidup dalam keadaan baik dan harmoni,” ujarnya menjelaskan situasi sebenar.

Bagaimanapun PU Abu memadam posting tersebut daripada akaunnya selepas beberapa minit.

Menerusi pengakuan kepada mStar pada Rabu, Hana Azraa atau nama sebenarnya Nurhannah Azra Mohd Zakir memberitahu dia enggan terus dikaitkan dengan PU Abu susulan mereka sudah membawa haluan masing-masing.

Menerusi semakan mStar, kedua-dua mereka juga sudah tidak mengikuti laman sosial Instagram masing-masing sejak sebulan lalu.

Berita ini mendapat perhatian ramai termasuk penyanyi Caprice apabila dia turut mengulas mengenainya.

Pelbagai kenyataan pedas dibuat Caprice yang secara langsung ditujukan kepada PU Abu.

“Kita daripada pihak bad boys nak ucapkan ribuan terima kasih kepada PU Abu kerana anda buat budak nakal seperti kami nampak baik. Halal, bang, chow

“Kita ada PU yang tak tahu nak kahwin. Ini adalah bukti bahawa sebenarnya kita boleh jadi bodoh serta buat silap dan kita semua gatal,” kata Caprice.

Posting yang dibuat PU Abu di Instagram sebelum dia memadamnya selepas beberapa minit.

Kenyataan Caprice itu dilihat tidak disenangi PU Abu apabila dia membuat penjelasan ringkas mengenainya.

“Kepada someone (seseorang) atau sesiapa sahaja yang mungkin tak tahu asal usul cerita A sampai Z, lebih baik diam jangan ulas atau komen apa-apa.

“Sebab kalau kita komen fasal benda tak betul, ia boleh jadi fitnah dan kalau betul sekalipun, ia jadi mengumpat. Daripada cakap tak baik fasal orang, lebih baik diam atau doa yang baik-baik tentang orang tu.

“Sebab (dosa) kita dengan Tuhan boleh minta ampun denganNya tapi kalau (dosa) dengan manusia, kita kena cari dia dekat Padang Mahsyar untuk minta maaf dengan dia. Bang, bang, bang...” kata PU Abu.

Walaupun tidak menyebut nama Caprice secara langsung, namun tagline "Bang, bang, bang” diketahui umum sering digunakan penyanyi itu.

PU Abu, Caprice, Hana Azraa

Artikel Lain