suria

Aishah pilih 5 barang kemas termasuk sebentuk cincin lelaki, Vida harap kemelut berlian palsu berakhir

Peguam Vida akan menyerahkan semua barangan ini kepada Aishah.

USAHAWAN kosmetik Datuk Seri Vida menunjukkan lima jenis barang kemas pilihan Aishah sebagai ganti rugi kepada berlian palsu yang dimenangi penyanyi itu pada program Gegar Vaganza musim keempat lalu.

Lima jenis barang kemas bernilai RM80,000 itu terdiri daripada dua butir berlian dan tiga bentuk cincin termasuk sebentuk cincin lelaki.

ARTIKEL BERKAITAN: Vida mohon maaf, Cik B ‘bikin drama’ serah uncang duit miliknya untuk ganti barang kemas kepada Aishah

ARTIKEL BERKAITAN: Vida perlu ganti barang kemas RM80,000... Aishah beri masa dua minggu

Vida atau nama sebenarnya Datuk Seri Dr Hasmiza Othman dalam satu sidang media berkata, dia berbesar hati memenuhi permintaan Aishah adalah atas persetujuannya sendiri.

Aishah menuntut Vida membayar ganti rugi barang kemas bernilai RM80,000 dan permohonan maaf.

“Saya berbesar hati untuk memenuhi tuntutan Aishah walaupun sebenarnya bukan tuntutan, tetapi adalah keinginan asal saya sendiri untuk memberikan sesuatu yang menggembirakan Aishah sebagai juara GV.

“Barang kemas ini dipilih oleh Aishah sendiri dan peguam saya akan menyerahkan kepadanya petang ini di kedai emas,” katanya.

Vida ditemui pada sidang media bagi menunjukkan barang kemas yang bakal dimiliki Aishah di One World Hotel, Petaling Jaya, Selangor pada Rabu.

Menerusi sidang media tersebut, Vida mencipta gimik dengan memasukkan dua butir berlian 1 carats round diamond bernilai RM27,100 dan 0.70 carats diamond princess cut bernilai RM12,920 ke dalam balang makanan ringan produk milik anaknya.

Selain berlian, Vida turut menunjukkan tiga bentuk terdiri daripada sebentuk cincin emas kuning bernilai RM20,820, cincin emas putih (RM11,410) dan cincin emas putih tanpa batu (RM7,750).

Vida menunjukkan barangan kemas pilihan Aishah sebagai ganti rugi berlian palsu yang diterima sebelum ini.

Sementara itu, Vida berharap penyerahan barangan tersebut dapat menamatkan kemelut yang berlangsung selama setahun setengah.

Malah, Vida turut memberitahu dia tiada masalah untuk bertemu dengan Aishah.

“Saya harap penyerahan barang kemas ini akan menamatkan semua kemelut dan isu yang melanda.

“Kalau saya jumpa dia pun lepas ni tak ada masalah, saya boleh tanya macam mana berlian?,” katanya.

Pada sidang media 6 Julai lalu, Vida membuat permohonan maaf kepada Aishah atau nama sebenarnya Wan Aishah Wan Ariffin, 54.

Dalam sidang media permohonan maaf itu, anaknya Cik B atau Edlynn Zamileen Muhammmad Amin, 14, tiba-tiba muncul menyerahkan wang tunai sebanyak RM100,000 kepada ibunya bagi membayar ganti rugi tersebut.

Aishah memilih lima jenis barang kemas.

Kemelut isu berlian palsu antara Aishah dan Vida berakhir selepas mereka bersetuju menyelesaikan perkara itu secara mediasi.

Aishah menjelaskan usahawan yang juga penaja program realiti Gegar Vaganza itu perlu membayar harga pameran (price tag) barang kemas berjumlah RM80,000 kepadanya pada atau sebelum 17 Julai ini.

Untuk rekod, perbalahan antara Aishah dan Vida tercetus apabila penyanyi itu membuat pendedahan bahawa hadiah rantai berjumlah RM80,000 yang ditaja usahawan itu adalah palsu.

Aishah menyedari barangan kemas yang diterima hasil hadiah kemenangan program Gegar Vaganza musim keempat itu palsu selepas mengadakan pemeriksaan di kedai emas.

Vida, Aishah, Berlian palsu, GV4

Artikel Lain