suria

“Kami sudah tidak bersama tapi masih suami isteri” - Isteri Ammar Alfian mengaku tak tinggal sebumbung, mahu fokus kandungan

Nelissa mengaku sudah tidak tinggal sebumbung dengan Ammar dan mahu fokus pada kandungannya.

KEMELUT rumah tangga Ammar Alfian mula menjadi perbualan hangat netizen pada Mei lalu selepas isterinya, Nelissa Nezam membongkarkan dakwaan perlakuan curang aktor itu secara terbuka di Instagram.

Kini selepas hampir dua bulan, Nelissa kembali bercerita mengenai isu rumah tangganya yang dilihat masih belum menemui penyelesaian.

Kata Nelissa, dia dan Ammar sudah tidak tinggal sebumbung sejak Mei lalu namun mereka masih mempunyai ikatan sebagai suami isteri.

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri Ammar Alfian tak diam diri, bongkar perbualan Whatsapp, “Apa yang saya katakan bukan fitnah”

ARTIKEL BERKAITAN: “Apa yang saya lakukan adalah salah” - Ammar Alfian kecewa isteri tetap nak malukan lepas minta maaf

“Saya rasa, semua orang sudah tahu apa yang terjadi antara kami. Buat masa sekarang saya mahu fokus pada bayi dalam kandungan sahaja.

“Sekarang ini saya teruja menantikan kelahiran bayi pertama dan tidak mahu memberi tekanan pada diri dengan perkara itu.

“Saya dan Ammar sudah tidak bersama tapi kami masih lagi suami isteri. Cumanya, kami tidak tinggal sebumbung sejak isu tersebut iaitu sekitar Mei lalu,” kata Nelissa kepada mStar.

Nelissa mahu fokus pada kandungan dan tidak mahu memberi tekanan pada diri.

Nelissa ditemui ketika malam Anugerah Stail Eh! 2019 yang diadakan di EQ, Equatorial Plaza Hotel, Kuala Lumpur pada Khamis.

Sebelum ini, Ammar mengakui pernah melakukan kesalahan selepas isterinya mendedahkan perbualan menerusi aplikasi Whatsapp antara mereka berhubung perkara tersebut di laman sosial.

Saya dan Ammar akan berbincang selepas bayi kami lahir nanti. Keluarga dan rakan-rakan memberi sokongan sepanjang kehamilan saya!

NELISSA NEZAM

Isteri pelakon Ammar Alfian

Walaupun tidak menyatakan bentuk kesalahan yang dimaksudkannya itu, Ammar berkata dia juga sudah berkali-kali menyatakan permohonan maaf kepada isterinya.

Dalam pada itu, Nelissa yang kini sedang hamil lapan bulan memberitahu dia gementar menanti saat bakal melahirkan cahaya mata pertama tidak lama lagi.

Nelissa pernah berkongsi mesej perbualan dengan suami di Instagram.

Tambah Nelissa lagi, dia dan Ammar yang kini berada di Barcelona akan berbincang mengenai masalah mereka selepas kelahiran bayinya yang dijangka pada Ogos depan.

“Saya dan Ammar akan berbincang selepas bayi kami lahir nanti. Keluarga dan rakan-rakan banyak membantu dan memberi sokongan sepanjang kehamilan saya,” ujarnya.

Nelissa dan Ammar, 32, mendirikan rumah tangga pada 6 Mac 2016 secara sembunyi tanpa sebarang publisiti kepada pihak media.

Nelissa, Ammar Alfian

Artikel Lain