suria

Zahid (AF2) dan isteri berpisah kerana tiada persefahaman

Zahid dan bekas isteri sudah berbincang selama setahun sebelum membuat keputusan untuk berpisah pada 18 Julai lalu.

PENYANYI Zahid Baharudin mengesahkan khabar angin bahawa dia dan isterinya, Sarah Julifa Yusof telah sah bercerai pada 18 Julai lalu.

Zahid atau nama sebenarnya Ahmad Zahid Baharudin, 39, berkata keputusan berat itu dibuat selepas berbincang cara terbaik untuk menyelesaikan masalah rumah tangga yang dialami sejak setahun lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Bapa Zahid (AF2) ‘hilang’ 12 jam ditemui di Gerik, pandu lebih 200 kilometer

Bagaimanapun, Zahid berasa serba salah berikutan perpisahan tersebut berlaku beberapa hari sebelum ulang tahun kelahiran bekas isterinya.

"Memang betul khabar angin yang mengatakan saya sudah berpisah dengan isteri saya. Sebenarnya saya dan bekas isteri berpisah secara baik.

Zahid tetap memberi ucapan hari lahir buat bekas isterinya biarpun mereka sudah berpisah.

"Perkara itu sudah dibincangkan selama setahun juga sebelum kami buat keputusan untuk berpisah pada Khamis (18 Julai lalu).

"Saya rasa serba salah juga sebab perpisahan kami terjadi beberapa sebelum hari lahir dia pula," kata Zahid menerusi temu bual bersama program Melodi pada Ahad.

Zahid dan Sarah, 31, mendirikan rumah tangga pada 7 Jun 2015 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Zareef Nufael yang kini berusia lima tahun.

Dalam pada itu, juara Akademi Fantasia musim kedua (AF2) ini memberitahu dia enggan berkongsi mengenai perpisahan mereka memandangkan ia terlalu peribadi.

Zahid juga menegaskan perpisahan mereka tidak melibatkan orang ketiga namun mengakui tiada persefahaman sebagai suami isteri menjadi punca utama.

Zahid dan bekas isteri mempunyai seorang anak lelaki.

"Sebenarnya benda ini (perceraian) saya tak boleh beritahu orang luar sebab hal rumah tangga saya dan ia terlalu peribadi.

"Biarkan saya dan bekas isteri selesaikan sendiri. Kami berpisah secara baik dan bukan disebabkan orang ketiga dan tiada pergaduhan.

"Tapi saya dengan dia sudah tiada persefahaman sebagai suami isteri dan hanya ada persefahaman untuk anak sahaja.

"Saya harap hubungan saya dengan keluarganya tidak akan pernah putus sampai bila-bila dan harap sokongan semua orang untuk saya teruskan kehidupan membesarkan anak kami," ujarnya.

Zahid Baharudin, AF2

Artikel Lain