TIDAK mampu untuk menerima kecaman lagi, pelakon Haneesya Hanee mengambil keputusan mengundur diri daripada laman sosial Twitter. Biarpun tidak mengetahui punca kebencian netizen, pemilik nama Sharifah Haneesya Sayed Sahlan, 19, tetap memohon maaf kepada pihak yang tersinggung dengan segala tindakannya. ARTIKEL BERKAITAN: “Saya tak jahil sampai tahap macam tu lagi” - Haneesya Hanee kesal pemilik produk kongsi imej seksi nampak paha ARTIKEL BERKAITAN: Rakan artis luah rasa sedih dan menyesal, gagal bantu Sulli hadapi tekanan "Saya mohon maaf sebab saya bukan orang yang baik. Sebenarnya saya tidak tahu apa yang saya lakukan kepada anda sehingga anda bercakap buruk tentang saya. "Saya minta maaf kerana saya tidak sempurna. Saya tidak boleh buat macam ini lagi. Padam Twitter sekarang. Terima kasih untuk segalanya," katanya menerusi status yang dimuat naik di Twitter pada Isnin. Status Haneesya dikatakan meniru kenyataan Sulli sebelum meninggal dunia. Bagaimanapun, status tersebut mengundang kemarahan netizen yang menganggap Haneesya menggunakan kenyataan yang sama seperti selebriti K-Pop, Sulli sebelum ditemui mati di kediaman pada petang Isnin. Malah, mereka berpendapat model sensasi itu sengaja mencari perhatian. "Gunakan seseorang punya kesakitan orang lain dan kata terakhir untuk dijadikan tentang awak? Adakah anda sedar perkara ini sangat sensitif? Benda ini akan menyakitkan peminat Sulli. Keluar dari media sosial dan jangan pernah kembali, meluat dah!" "Awak sebenarnya menggunakan kata-kata terakhir Sulli, adakah awak mahu perhatian sis? Kalau nak juga cuba buat benda baik orang akan nampak tapi bukan dengan cara ini. Saya minta maaf kerana saya tidak sempurna. Saya tidak boleh buat macam ini lagi. Padam Twitter sekarang. Terima kasih untuk segalanya. HANEESYA HANEE Pelakon "Ini Sulli punya kata-kata terakhir kan? Tak baiknya ambil ayat orang," komen beberapa orang netizen di ruang komen status tersebut. Haneesya pernah mencetuskan kontroversi apabila video dia sedang berparti di kelab malam tersebar sehingga kemenangannya sebagai juara Dewi Remaja 2018/2019 ditarik semula. Ibunya iaitu Nor Sakuraneeda juga pernah membuat laporan polis terhadap tiga akaun laman sosial yang menghantar mesej berbaur ugutan serta menggunaan foto aktres itu tanpa izin dengan niat untuk mengaibkan serta menghina tempat tinggal mereka. Baru-baru ini, sekali lagi namanya menjadi bualan hangat apabila foto dia memakai gaun pendek paras paha namun menutup kepada dengan selendang merah dikecam netizen. Foto Haneesya dikecam netizen. Dalam pada itu, ada juga segelintir netizen yang memberi kata-kata positif dan semangat kepada pemenang Artis Baharu Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) ke 32. "Fikir positif, awak hidup bukan dengan toksik. Awak hidup dengan keluarga dan rakan-rakan. Biarkan haters dan tunjukkan apa yang awak ada. "Saya rasa awak tak perlu padam aplikasi Twitter. Awak buat saja kerja awak macam biasa. Tidak perlu kisahkan apa yang mereka (anasir jahat) cakap, caci, maki dan hina dekat you," kata penyokongnya.