suria

Persembahan itu hanya simbolik hancurnya hati wanita! - Aina Abdul

Aina Abdul jelaskan konsep persembahan lagu Sumpah.

SELEPAS menerima kritikan menerusi persembahan lagu Sumpah, penyanyi Aina Abdul menjelaskan konsep yang digunakan hanyalah sebagai simbolik kehancuran hati.

Aina berkata, apa yang cuba disampaikan tadi ialah kesinambungan muzik video Sumpah yang mana memaparkan tentang masalah pesakit mental.

ARTIKEL BERKAITAN: Bawa mesej bunuh diri, persembahan Aina Abdul di AJL34 keterlaluan dan langgar peraturan! - “Tiada idea kreatif lain ke?”

“Alhamdulillah! Selesai sudah persembahan Aina di pentas AJL34 yang selama ini saya idamkan.

Persembahan Aina terima kritikan.

Persembahan tadi merupakan simbolik kepada hancurnya hati seorang wanita kerana menyesal dengan perbuatannya sendiri terhadap orang yang amat disayanginya.

Hati yang berdarah melambangkan kesakitan yang ditanggung oleh wanita itu selepas melukakan hati insan yang disayanginya,” ujarnya.

Aina memuat naik kenyataan itu di laman sosial miliknya pada Ahad.

Penyanyi kelahiran Mentor itu berharap penonton terhibur dan menerima mesej yang cuba disampaikan.

Terdahulu, pada persembahan yang berlangsung dj Axianta Arena, Bukit Jalil pada malam, Ahad Aina yang berpakaian serba putih menikam dadanya sehingga darah mencurah keluar mengundang pelbagai reaksi netizen.

Perkara itu turut mendapat perhatian Persatuan Sokongan dan Kesedaran Penyakit Mental (Miasa) yang meluahkan rasa kesal apabila persembahan itu memberi mesej bunuh diri.

Aina Abdul, AJL34

Artikel Lain